Tuesday, 19 January 2010

Tips Bermanfaat dari Blog Hanis Zalikha


Sebenarnya, dalam nadia sibuk mencari tips-tips menjadi penulis yang bagus.. Terjumpa blog Hanis Zalikha dan dari apa yang nadia search, dia memang terkenal dikalangan blogger.. nadia saja yang baru tahu tentang ini...huhuh sedihnya... Apapaun, nadia ambil sedikit tips bermanfaat darinya.. Semoga trafik blog nadia akan bertambah bagus dan yang penting, dapat berkongsi kebaikan bersama sahabat-sahabat blog lain.. Antara tips yang nadia ambil adalah:

1. Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.

2.Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous

3. Variasi topik. JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajukPerkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)

Harap-harap nadia akan mendapat kebaikan dan panduan daripada ini.. Apapun seronok tau baca blog hanis.. Banyak tips yang diberikan...

3 comments:

Anna R. said...

yeehaa.. !
jadi blogger tegar kak nadia ni!
ngee. chayok!

Dhea Ahmad said...

hehehe tenkiu anna..... byk bagi support kat akak....

Dhea Ahmad said...

Author~thanks ya....keep in touch...