Monday, 22 February 2010

Bolehkah Dia Berpoligami?

Assalamualaikum.. Selamat pagi cintaku, sahabatku... Wah, minggu terakhir untuk Februari 2010.. sekejap aja masa berlalu, semput nafasnya... Apakah masa yang pergi itu berlalu dengan penuh kebaikan... Wallahualam...

Okay, cerita mengenai Bolehkah Dia Berpoligami?, nadia petik dari beberapa kisah yang mungkin boleh dijadikan teladan juga pengajaran buat kita.. Sebenarnya risau jugak nak buka entry ni sebab perkara sensitif.. Apapun, sekadar meluah pandangan jugak mendengar pandangan masyarakat.. Persoalan bermula begini, bolehkah seorang lelaki yang cuma berpendapatan sederhana, mempunyai 10 orang anak menambah isteri... Dengan kata lain, berkahwin dua.. Anak-anak masih kecil, isteri pula tidak bekerja dan pendapatan rumah pun tidak mencukupi untuk menanggung anak isteri.. Sedangkan hati berbunga untuk berkahwin lagi satu.. Dari situ bermula ketegangan di dalam institusi rumahtangga, bermasam muka dan sering bertengkar.. Anak-anak hanya mampu diam, belum mengerti tentang pergolakan kehidupan..

Mungkin benar, isteri pernah bersikap kurang disenangi tapi bukanlah jalan terbaek menyelesaikannya dengan cara bernikah lagi.. Lagi pula, sendiri menambah bebanan kehidupan.. Dan benar juga, Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih dari satu tp biar mengikut kemampuan.. Ini tidak, anak-anak makan pun kurang... bagaimana tu.. Soal keburukan isteri, apa perlu dipersoal sedangkan keburukan sendiri belum tertutup...

Dan fikirkan tentang niat sebenar untuk bernikah, apakah kerana menepati syariat atau sekadar mengikut kata hawa nafsu.. Fikirkan juga hal-hal kemungkinan yang akan berlaku setelah perkahwinan kedua.. Penerimaan anak-anak, apakah tiada rasa dendam atau sakit dihati mereka melihat ibu mereka diperlakukan seperti itu.. Seperti pepatah habis madu sepah dibuang.. Mungkin anak-anak yang kecil belum mengerti tapi bagi yang sudah boleh berfikir.. Kesannya bagaimana.. Oleh itu, tanyakanlah pada diri sendiri, bolehkah berpoligami?

Bagi sahabat yang ada pandangan.. Harap tidak keberatan mencoret sedikit pendapat anda... Untuk kebaikan juga panduan bersama...

5 comments:

Jiman.Go said...

kl sob sendiri mau tidak di poligami :)

Tie HT said...

salam..

entah lah, rasa mcm tak boley nk terima poligami walaupun ia halal dan dijanjikan payung emas..

Admin said...

plg tk suka poligami..tk sukalah share2....

maya
http://coretanmayaku.blogspot.com/

Edriena Hazelina said...

mase depan kite.
kite xtau ape yang bakal terjadi kan sis?

kite benci poligami mase nie.
tapi 5 tahun akan datang sape tau kite lak terpakse poligami.

bagi saye.. yang penting banyak2 berdoa.. semoge Allah bagi yang terbaik untuk kite.

Anonymous said...

tak dapat terima..