Tuesday, 2 February 2010

Kaedah Lembut Buat Anak Berhenti Susu Botol

Ini bukan untuk baby yang masih kecil... Apa hal pulak nadia ni kan bagi kaedah berhenti susu untuk baby.. Sebenarnya kaedah ini untuk anak-anak yang dah masuk sekolah, maklum sajalah kadang-kadang sesetengah ibubapa puas guna pelbagai cara untuk buat anak berhenti susu bila dah masuk sekolah..

Kaedah ini nadia perolehi dari seorang makcik.. Last day, makcik tu datang ke office nadia untuk urusan lesen anaknya.. Nadia senang sangat dengan makcik ni, dia juga adalah seorang cikgu tadika.. Lembut sangat tutur kata dia.. Memang respect habis lah.. Cara dia tegur, memang berkesan.. Malah nadia sendiri akui, 'masuk' ke hati apa yang ditegur..

Semalam dia bercerita tentang budak-budak 5 tahun yang baru masuk tadika, ada antara mereka yang masih hisap susu botol... Macam-macam kerenah mereka bila teringatkan waktu minum susu... Kata makcik ni, dia bagitau budak-budak.. "Tahu tak orang yang suka hisap susu botol, mulut dia jadi muncung... Isshhh tak cantik laa.. Sayang pulak mulut cantik dah jadi hodoh bila hisap susu botol.. " "Cube rase mulut semua, muncung tak... Haa sape muncung tuh, hisap susu botol lagi laaa tu" (Sambil dia mengajuk mulut muncung)...

Esoknya, dia bagitau ada ibubapa datang cerita, anak diaorang dah tak nak susu botol.. Bila tanya kenapa, dia cakap cikgu bagitau mulut tak cantik kalau minum susu botol.. Jadi diaorang rasa senang hati laa sebab sebelum ni puas dah pujuk anak untuk berhenti susu botol...
Waktu kat kelas, dia jumpa budak tu dan puji... "hari ni kan cikgu tengok mulut sofea cantik la..." Budak tu jawab,"Saya dah tak hisap susu botol cikgu" dia tersenyum dengar jawapan budak tu..

Waktu makcik tu cerita pada nadia dan kak ros..Kiteorang tergelak sama-sama dengar cerita dia.. Seronok dengar cerita dia... Anak-anak yang baru masuk sekolah memang banyak kerenah dan kaedah lembut banyak membantu mereka belajar...

So, bagi ibu-ibu yang mengalami masalah seperti ni, cubalah cara ini... Mungkin bermanfaat dan berkesan... Apapun, semua ini sekadar perkongsian, belajar dari mereka yang lebih mengetahui.. Mungkin ada di antara sahabat yang ada pengalaman..Apa salahnya kita kongsi sama-sama....

8 comments:

Unknown said...

hehhee!! leh buat kat anak aku nnt :) salam kenal nadia :)

Dhea Ahmad said...

salam kenal ieda....

HEMY said...

ni yg kat dlm berita cuma minum susu je tu ..dia suh guna psikologi..hehehe

Dhea Ahmad said...

hahahah bukan terus benti minum susu... cuma xyah kai botoi la

Unknown said...

siyes....makcik tue punye psiko mmg terbaik...siap puji budak tue lg...kan bagus kalo suma cikgu camtue...ekekkeke

Dhea Ahmad said...

~0~...tau xpew.... mmg cikgu yang berwibawa....

Anonymous said...

salam kenal...

Anonymous said...

Cara ni dah sy buat pd ank saya tapi x berkesan...