Thursday, 11 March 2010

Isu Halal Semakin Dipergiat

Alhamdulillah..Sekarang pihak berkuasa semakin menitikberatkan isu halal haram, dari produk harian yang digunakan hinggalah kepada premis menjual makanan/restoren... Bukan apa, soal halal haram ni bukanlah perkara yang boleh main-main.. Bagi nadia sendiri, dalam soal ibadah perkara ni la yang paling penting kerana ia menentukan samada ibadah kita diterima atau tidak.. Nauzubillah.. Semoga Allah menjauhkan kita dari keburukan itu...

Semalam sendiri di berita, nadia ada dengar tentang makanan ringan iaitu kuaci yang begitu popular mengandungi bahan yang diragui.. Subhanallah... Kenapa ada pihak yang tidak bertanggungjawab, sanggup melakukan hal sebegini.. Belum lagi yang mempamerkan logo halal palsu juga yang tidak pernah mendapat pengesahan...

Apapun, terima kasih pada pihak berkuasa yang sekarang ni semakin giat menangani isu halal haram ni.. Sebagai masyarakat juga, kita harus sama-sama peka.. Seperti yang nadia rujuk dari Utusan Malaysia Online..

Menurut Pengarah Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar, meskipun perkataan halal itu sendiri tidak wajar dipandang remeh tetapi keadaan itulah yang banyak berlaku sekarang.

"Di premis makanan bukan Islam, letak sahaja perkataan halal atau lihat juruwang atau pelayan bertudung, ramai orang Islam yang masuk makan.

"Begitu juga jika penjual itu pakai kopiah putih, terus buat andaian orang Muslim dan beli apa yang dijualnya.

"Inilah sikap sesetengah orang Islam kita yang pandang ringan soal halal," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau turut menarik perhatian kepada sesetengah pengguna Islam yang sanggup berkunjung ke sesebuah premis makanan bukan Islam hanya kerana ia mempamerkan perkataan "bebas babi" atau "bebas alkohol".

"Ini amat mengelirukan. Tak ada babi atau tak ada alkohol tak bermakna halal," tegas Saimah.

Beliau menegaskan sesetengah pengguna Islam juga tidak memberatkan aspek 'thoyiban' yang boleh dikaitkan dengan semua aspek positif seperti berzat, bersih, berkualiti, selamat dan tidak membawa kemudaratan kepada manusia.

Dalam sesetengah kes, ada juga orang Islam yang sanggup berkunjung ke premis makanan bukan Islam meskipun tiada jaminan halal hanya kerana makanan yang dijual sedap.

Okay lah, nadia pun tak pandai nak ulas lanjut tentang isu sensitif ini.. Cukuplah sekadar nadia memberi pandangan yang cuma sekecil kuman ini.. Apapun, semoga kita mendapat manfaat dan mengambil setiap musibah itu sebagai satu hal positif dalam memperbaiki mutu kehidupan kita dari satu waktu ke waktu yang mendatang..

No comments: