Friday 12 March 2010

Jangan Memandang Rendah

Jangan memandang rendah pada orang yang kita belum mengenalinya sepenuhnya.. Begitulah maksud utama penulisan kali ini.. Jangan memandang rendah pada pekerjaan orang lain.. Asalkan ianya halal, itu adalah terbaik.. Nadia sebenarnya sedikit terkilan+geram pada sesetengah customer yang datang, geram kerana terlalu memandang rendah pada pekerjaan nadia.. Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana hari ini masih ada rezeki untukku.. Alhamdulillah..

Serius, ada yang datang dengan muka masam macam cuka, ada pula yang datang bawa angin ribut entah dari mana.. Ada pula datang dengan lagak seperti dia golongan atasan.. Wah, kalau nak berlagak, datang juga ke teratak kecil kami untuk urusan cukai jalan.. Kenapa tak pergi saja tempat lain yang boleh menyanjung anda seperti raja sehari.. ishh Astaghfirullah... Apa nadia cakap ni...

Yang paling tak tahan dengan bahasa yang kurang menyenangkan.. Anda tidak mengenali saya, anda tidak mengenali latar belakang saya.. Jadi anda tiada hak untuk menghina saya apatah lagi bercakap sedemikian tentang saya.. Nak saja perkataan itu keluar dari mulut nadia.. Kadang-kadang, bos nadia tolong nadia menjawab pada customer yang datang dengan perangai pelik.. Terima kasih kak ros..

Apapun, bagi nadia sendiri nadia lebih belajar menghormati orang lain walaupun nadia belum mengenali mereka.. A good impression will bring a great future..

5 comments:

miss anne said...

ntah orang2 ni..jangan terlalu cepat menilai sebelum mengetahui situasi sepenuhnya..jangan pandang orang sebelah mata..ape guna ada dua bijik mata kalau guna satu jer..ye x..

Bazilah (^0^) said...

sabar yer kak ngan org2 cmtu..:)

Dhea Ahmad said...

miss anne~betul tuh...aper gune 2 bijik mate...kehkehkeh

bazilah~thanks ya

ohmywtf said...

i agree..never look down on people...some of my biggest clients are those appear to be very humble

Dhea Ahmad said...

hope we're not like that...