Friday, 30 April 2010

Menghadapi Perasaan Serik

Perkataan serik ni selalu kita gunakan bila frust... Betul tak??? Tak kisahlah, frust bercinta ke, frust kerja ke atau apa-apalah... Seseorang pernah bertanyakan nadia tentang persoalan serik ini.. Tak pernah serik ke.. Serius, kalau ikut rasa sakit dan kecewa, memang serik tapi fikirlah positif.. Apapun pada awalnya, memang rasa sakit, nak menangis saja..Tengok dinding nak tendang-tendang jer.. Macam kuat sangat ko tu....Tengok handphone, rasa nak baling aja biar berkecai semua isi perut handphone tu.. Macam ko banyak duit je nak beli baru... Tengok keje yang melambak macam pasar lambak atas meja, rasa angkat kaki, balik rumah tido... Ko ingat ko tu bos ke..... Sesungguhnya tidak pernah terlintas dihati ini untuk melakukan hal-hal yang telah dinyatakan tadi...

Apapun, Allah telah menetapkan segalanya.. Tinggal usaha kita saja.. jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik... Pandai plak nadia cakap ye... Jujur nadia bagitau, nadia sendiri kalau rase sakit hati, nadia akan nangis, duk sekejap dalam bilik then keluar tengok kawasan keliling rumah.. Biasanya belakang rumah cos situ ada kebun, ada bunga-bungaan, ada bunyi burung... Pastu rasa tenang... Cubalah, semoga ia juga memberi ketenangan kepada anda juga....

Percayalah... Allah tidak akan mensia-siakan hambanya... Usahalah and janganlah berputus asa..

Thursday, 29 April 2010

My Name Is Kazumi


Actually i just got this name from one of quiz in a facebook..
It's japanese name..
U just need to take a simple quiz, type your name
and they will reveal your name in japanese..
And i got Kazumi which mean harmony and beauty..
Harmony??? Beauty??? Is it true...
hahahha.. never mind..just ignore....

Wednesday, 28 April 2010

Kes Salahguna Yang Kita Harus Waspada

Merujuk pada entry nadia yang terdahulu: Tahniah.. Simcard Anda Berjaya, baru-baru ni nadia baca paper tentang penipuan ini yang semakin meluas seperti luasnya penggunaan internet jalur lebar sekarang ni.. apa yang nadia baca, pihak-pihak yang TIDAK bertanggungjawab ini telah meluaskan penghantaran SMS MENIPU ini ke akaun jalur lebar pengguna pula.. Kan kita masih boleh terima sms walaupun guna broadband.. So, inilah peluang mereka..

Tadi searching punya searching, nadia jumpa antara SMS-SMS MENARIK yang sering digunakan untuk menipu... Antaranya ialah...

  • Dear valued customer. RM70 will be credited into your account. To activate type 7 and send to 10133440257. TQ

  • TAHNIAH! ANDA TERPILIH UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI "CELCOM" SEMPENA (ULANG TAHUN') SILA TAIP; 10 & HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA) TQ.

  • Penambahan baki akaun **** Mid Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda, dail 0193000910 atau taip 5 SEND ke 10199993064.TQ.

  • Anda mempunyai 9 pesanan suara. Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan hantar ke 10132454709.
  • TAHNIAH. Simcard Anda Memenangi hadiah Cek Tunai RM20,000 dari peraduan CELCOM. Sila hubungi Call Centre : 006285656242229. Terima kasih

  • Pengumuman diri PETRONAS Mlys, TAHNIAH! Sim Card Anda tlh memenangi undian bertuah Cek tunai RM10000 Sila hubungi: 006281519347178 Terimakasih

  • TAHNIAH! Simcard anda telah memenangi hadiah cek tunai RM20,000. Plus reload kredit RM250 dari peraduan CELCOM. sila dail Call Center 00628565251247. terima kasih.

  • Untuk pengguna DIGI pulak seperti ini...
  • "Tahniah simcard Anda telah menangi Cabutan bertuah daripada 'DiGi' wang tunai, RM17,000,00 sila_hub Office; 014.359-0874 terima kasih, Pengirim: DiGi"
  • "Tahniah SIM CARD ANDA MEMENANGI HADIAH CEK TUNAI RM9,000 CARI PERADUAN 'DIGI' SILA HUBUNGI KHIDMAT PELANGGAN : 006281904077791. TERIMA KASIH.
  • "Tahniah simcard anda memenangi hadiah Cek Tunai dari RM5000 dari AFM Akademi Fantasia Malaysia. Sila hubungi 006281334093111/ 00628133615011 ."
  • "congratulations!!! Anda memenangi CEK TUNAI RM11,000.00 dari DiGi. Info sila hubungi perkhidmatan DiGi 006281339662763. http://www.digi.com.my"
  • "You have just won RM9000! You just need to deposit RM1000 cash into this account and the RM9000 will be yours. Bank account xxxxxxxx."
  • "Congratulations! SIM Card Anda Telah Berjaya Memenangi BONUS Cek Bertuah RM15,000 Dari PETRONAS, Sila Call Di Talian 006281319779888 Terima Kasih."
  • "Forward from +60160000015 this is DiGi special gift for every DiGi user. Just send this message to another 10 DiGi user and you'll get RM50 free automatic."
  • "DiGi TELECOMMUNICATIONS SDN BHD, Tahniah!! Simcard Anda dapat bonus RM17,000, untuk keterengan lanjut sula dil telefon 00006285693774357. Terima kasih." from +6281514324217
  • "My number Prepaid Anda dapat bonus RM 14.000. >From astro MLYS. Sila dail number office: 0062817705397 Terima kasih."
  • "My Prepaid Anda berjaya Memenangi Cek, Rm14,000, From astro MALAYSIA. Sila dial number talian 0061817705397. Terimakasih"
  • "+60162999902 : DiGi is celebrating over 900,000 DiGi holder! Send this message to 9 DiGi holder, you'll receive RM50 free into your cellphone!"
  • "Congratulation Anda dapat bonus RM17,000 from "KLCC COMMU" sila dail number office, 006285888288549. T'rimahkasih." A number: +6281511014036
  • "TAHNIAH!! Sim Card, anda memenangi Peraduan, dari "AKADEMI-FANTASY". Wang Tunai RM17,000 Information sila Call; 006285880300678 Terima kasih. Pengirim; DiGi"
  • "TAHNIAH.Simcard Anda Memenangi hadiah cek tunai RM20,000 plus Reload credit 250 dari peraduan DIGI. Sila hubungi Call Center : 006281342141555 Terima kasih."
  • "TAHNIAH! Prepaid anda Berjaya memenangi cek RM17.000, - Dari ASTRO MALAYSIA Sila dial number talian office : 006285885788571 Terima Kasih. "
  • "Congratulations Sim-Card anda Telah Bertuah Memenangi Hadiah Utama wang tunai RM.30.000,00 dr "PETRONAS PRIMAS KLCC" Sila/call/tel 014 3593234 Terima Kasih."
  • "Congratulations!!! Anda memenangi 1 buah kereta dari DiGi. Info sila hubungi perkhidmatan DiGi 006281399994933. http://www.digi.com.my."
  • "*Happy New Year 2009* get a phone promo price by visit our 1st Melaka "Biz Phone Cafe". http://www.number94u.com From:SOS Telecommunication (Bacang,Melaka)"

  • Untuk Maxis pulak seperti ini...
  • "Tahniah! Cek simcard anda Memenangi Tunai RM20, 000 Dari H0TLINK. Sila hubungi Call Centre: 006281388386555 www.hotlïnk.com.my"
  • "Selamat! Kad SIM anda telah memenangi hadiah wang tunai RM20, 000 daripada Hotlink. Sila hubungi Call Centre: 006281388386555 www.hotlïnk.com.my "
  • Info yang nadia dapat ini adalah dari SINI.. Boleh view kalau nak tau lebih lanjut... Dan yang paling nadia bengang bila ada sms tentang langganan VIDEO LUCAH.. Bengong ke apa.. Mak nadia sendiri pernah dapat sms macam ni.. Adik nadia sendiri reply semula sms tersebut cakap stupid thing, bawak-bawak laa bertaubat... nak tergelak jugak tapi nadia tak pernah reply.. tak nak buang prepaid pada mende-mende yang tak guna macam tu...

    saya nak merepek kerepek....

    Today... nadia semakin baek walaupun ada lagi sisa luka semalam... chewaaahhh ayat sastera ko bagi yek.... Malas nak fikir.. Sesudah itu, nadia upload pic yang telah nadia edit ke dalam facebook... Hurmmm dah lame sangat tak buat kerja-kerja edit ni, jadik sedikit bercelaru + janggal... huhuhu.. rindu zaman grafik dulu... So, ini lah hasilnya... Setelah nadia adunkan dengan sedikit blur and tukarkan kepada sephia color... jadik camni..

    Pastu tempek dekat blog sekali... Maklum sajalah, dah lama tak tempek single photo kat dalam blog ni.. Pas dah siap bubuh gambar dalam facebook & blog, nadia mulakan sesi meluah perasaan pulak bersama little sis nadia yang teramat dirindui....

    Okaylah, dah penat nadia merepek kat sini... Untuk little sis tersayang, k.nad tujukan lagu ini untuk sis.. my favourite song since i was 19 yrs old, waktu tengah gila-gila jamming dulu... A lot of story behind these song and it still haunting me now....
    .
    .
    .
    .
    .
    My Immortal by Evanescence

    I'm so tired of being here, suppressed by all my childish fears
    And if you have to leave, I wish that you would just leave
    Your presence still lingers here and it won't leave me alone

    These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
    There's just too much that time cannot erase

    When you cried, I'd wipe away all of your tears
    When you'd scream, I'd fight away all of your fears
    And I held your hand through all of these years
    But you still have all of me

    You used to captivate me by your resonating light
    Now, I'm bound by the life you left behind
    Your face it haunts my once pleasant dreams
    Your voice it chased away all the sanity in me

    These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
    There's just too much that time cannot erase

    When you cried, I'd wipe away all of your tears
    When you'd scream, I'd fight away all of your fears
    And I held your hand through all of these years
    But you still have all of me

    I've tried so hard to tell myself that you're gone
    But though you're still with me, I've been alone all along

    When you cried, I'd wipe away all of your tears
    When you'd scream, I'd fight away all of your fears
    And I held your hand through all of these years
    But you still have all of me, me, me

    Tuesday, 27 April 2010

    Saya Buang Kesedihan

    Nadia sedang sedih, nadia sedang kecil hati dan nadia sedang merajuk sekarang..... itupun nak bagitau... aper laa... Biarlah, nadia nak luahkan di sini... Semalam nadia nak nangis sangat tapi pendamkan aja walaupun sesekali bunyi jugak sob..sob..sob.. Rasa macam bengkak saja hati ni.. rasa macam nak tutup handphone, nak deactive facebook, nak tukar url semua.. Tapi tak nak buat macam tu, nadia ada lagi mereka yang selalu bagi semangat.. Tak nak sia-siakan nya....
    Untuk itu, nadia layan game dalam lappy, tengok cerita barbie terbaru Barbie and The Mermaid Tale.. Sampai pukul 10.30malam.. Lepas tu, masuk tido.. Tengok handphone, kembali sedih.. Buang-buang je laa handphone tuh... Pastu baca doa, terus tertido dengan harapan esok kehidupan akan menjadi lebih baek...


    Sekian terima kasih sebab baca..

    Tamat..

    Monday, 26 April 2010

    Kesian Sungguh Budak Ini

    Title di atas merujuk kepada anak buah nadia yang sedang mengalami sakit mata.. merah mata dia and penuh ngan tahi mata... Puas di kesat, tapi muncul semula... Bebaru ni budak ni mengalami radang kulit, habis merah celah peha dia.. bawah tut tut dia.... Kesian sungguh... Itulah kulit gebu sangat, bikin bakteria jeles.....tapi Alhamdulillah sekarang radang kulit dia dah ok setelah kubelasah dia dengan tepung ubi kayu... Sapu banyak-banyak kat tempat yang merah seperti baru jatuh dalam guni tepung... Putih tak hengat punya....Apapun..hope cepat-cepat sembuh sakit mata tu, jangan bagi jangkit pada orang lain.. itu yang paling nadia risaukan...huhuhuuh..

    Tengok tahi mata dalam bulatan yang tak nampak sangat tu..

    Dua-dua mata dah terkena jangkitan...

    Salah Satu Penyebab Keretakan Hubungan Kekeluargaan

    Sabtu depan 1 Mei 2010 bersamaan Hari Buruh, ayah dan mak nadia ajak kami adik beradik balik ke kampung ayah di Bachok, Kelantan.. Kebetulan cuti umum juga ada kenduri sambut menantu saudara nadia di Kelantan.. Hurmm, nadia tak banyak soal sebab nadia pun dah lama sangat tak balik ke sana, last adalah sewaktu sekolah menengah.. Dah lama sangat..

    Semalam ada yang bersuara tak nak ikut, katanya ada hal lain.. Perlawanan takraw lah, kerja lah, malas lah....Macam-macam alasan... Muka mak dah lain sebab mak harap semua dapat balik bersama, cuma mira yang tak dapat ikut sebab masih kat Penang.. Itu dikecualikan..

    Then, mak cakap ayah nak bagi anak-anak kenal saudara mara.. Kalau tak bila lagi nak kenal.. Kalau ikutkan sibuk, tiap-tiap hari sibuk tapi kenalah renggangkan sedikit masa buat keluarga.. Mak cakap lagi.. inilah punca keretakan hubungan keluarga hari ni.. Dengan saudara-mara pun nak berkira.. Kami adik beradik diam, dengarkan aja apa yang mak leterkan.. Tapi semua tu ada benarnya.. Setuju tak??? Kalau setuju silalah tinggalkan pendapat.... Kalau tak setuju sila bagi sebab..hihihi... ayat suruh korang mengomel sebenarnya...

    Friday, 23 April 2010

    Saya Sedang Menjauhi Mee Segera

    Sebenarnya agak susah mengeluarkan statement di atas kerana nadia suka makan mee segera.. Walaupun tak lah selalu tapi mesti ada.. Kalau tak masak dua minit, nadia akan goreng.. Tapi sejak keluar berita tentang bahaya mee segera.. Nadia tak keruan, aduh betapa nadia membahayakan diri.. Hurmm..nak tanya.. Kalau mee segera PAMA termasuk jugak ke..(ayat pujuk hati) sebab suka makan mee segera PAMA.. Dan stok masih lagi ada..huhuhu.. Apapun, perhatian untuk incik halim sayang, sila jauhi mee segera ya.. i risaukan kesihatan u.. i babab u kalau makan jugak... hihihi...


    Al-kisahnya, seorang sahabat nadia pernah nasihatkan nadia supaya jangan makan mee segera.. Katanya, dia sendiri dah rasa efek kerana terlalu suka makan mee segera.. Al-maklum sajalah, duduk bujang.. Balik kerja malas masak, jawabnya makanlah mee segera.. Dan hasilnya, dia mengalami keguguran rambut yang dahsyat.. Sampai nipis rambutnya.. Alhamdulillah sekarang dah ok.. Jadi, kat sini kita sama-sama ambil pengajaran.. Siapa lagi nak jaga kesihatan kita, kalau tak kita sendiri.. Betul tak? Kat bawah ni ada sedikit petikan akhbar dari Sinar Harian untuk rujukan kita bersama. Jom kita baca-baca sikit...

    GEORGETOWN – Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak menyedari makanan segera ini boleh memudaratkan kesihatan dan kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, kajian CAP ke atas 10 sampel mi segera mendapati tiga daripadanya mengandungi natrium melebihi 1,000 miligram sedangkan saranan untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia empat tahun adalah 2,400 miligram sehari. “Pengambilan mi segera boleh menyebabkan pengambilan garam yang berlebihan kerana natrium sering ditambah dalam makanan harian kita dan mi segera adalah makanan yang menjalani pelbagai peringkat pemprosesan tanpa sebarang khasiat makanan. “Mi segera adalah makanan remeh yang mengandungi karbohidrat, natrium dan pelbagai penambah perisa selain rendah khasiat seperti serat, vitamin dan galian. Perisa sup juga mengandungi ‘Monosodium Glutamate’ (MSG) yang berperanan menjadikan perisanya benar-benar tulen,” katanya pada sidang media semalam.

    Wednesday, 21 April 2010

    Saya Pening

    Nadia bukan pening kerana kerja, bukan juga kerana sahabat atau keluarga atau si dia.. Tetapi nadia pening kerana new lappy.. Hati memang gumbira tetapi dek kerana window yang digunakan adalah window 7.. Saya tergagap sekejap.. Aplikasi window 7 sebenarnya lebih kurang sama dengan window XP and vista.. Kombinasi XP + Vista....

    Apa yang memeningkan nadia bila nak install software.. Error... Error and error.... huhuhu.. Nadia tak dapat nak install adobe Illustrator CS4.. Bila nadia nak masukkan activation code..akan keluar command ntah apa-apa ntah.. mintak log in administrator lah.. your account not privilege lah... Itu membuatkan nadia sedikit tak keruan... Lalu dengan hati sedih, install kembali adobe illustrator cs sahaja... tak boleh lah nak guna yang latest...huhuhu.. Tak apa lah nadia, bukan rezeki ko... janji masih boleh siapkan graphic work.. Itulah al kisah nadia yang ntah apa-apa... Terlebih, termengarut...maafkan nadia ya...

    Tuesday, 20 April 2010

    Saya Ketagihan kembali

    Ehhh..jangan salah faham eh.. nadia bukan ketagihan sesuatu yang begitu negatif.. Cuma sejak dua menjak ni nadia ketagihan bermain game online kembali.. Dulu-dulu selalu sangat menuai, menebas, menanam dan pelbagai lagi laa di farmville.. Tapi nadia dah semacam busan dengan farmville.. Tak tahu kenapa...

    Dan sekarang ketagihan itu kembali tetapi kepada game online lain seperti Restaurant City, Hotel City, Tiki Resort & Social City.. So, sesiapa yang join game macam nadia ni.. sila lah add as a neighbour ya... hahahha ini kes promote pulak dah... apapun, nadia cuba mengelak dari terlalu leka.. Maklum sajalah..kalau asyik sangat, banyak kerja yang tertangguh... Tapi game yang best adalah the sims 3... kadang berjam-jam duk ubah jugak bentuk-bentuk rumah juga hiasan dalaman... Ikut selera nadia sendiri...hihihihi... best kan....


















    Berhibur Bersama Teman Lama

    Sabtu lalu nadia hang out dengan sahabat-sahabat lama nadia waktu terbabit dengan salah satu pertubuhan sosial suatu masa dulu.. Wahh ayat nadia memang pass karangan... hihihi.. Anyway rindu sangat dengan sahabat-sahabat lama dulu tapi hanya kami bertiga saja yang free.. Yang lain tak dapat join.. tak apa lah... Nadia pun dah lama tak kuar jejalan.. So, sedikit terlepas tension...



    Ini gambar kenangan dolu-dolu...rindunyer persahabatan kami waktu ni....

    Monday, 19 April 2010

    Sekilas Selasa Lalu

    Sebenarnya nak taip entry ni dah lama.. Tertunda dari selasa minggu lalu lagi.. Tapi baru-baru ni mood nak update tak ada langsung.. Mood sedih aja memanjang... Alhamdulillah mood hari ni bagus.. So, kita update mana yang tertunggak... chewahh...

    Actually, gambar kat bawah-bawah ni waktu nadia and malia bawak atuk pergi klinik gigi.. Kesian atuk, penat.. mau tidak..Pagi kitaorang pergi poliklinik Beserah.. tapi kata mereka.. Tak dapat nak buat gigi palsu.. sebab bilik renovate.. Tak apalah... Apapun, terima kasih kerana melaya atuk nadia dengan baik sekali... Then, petang pukul 2 pergi ke klinik gigi kerajaan di Jalan Gambut pulak, Alhamdulillah dapat buat walaupun kena set appointment terlebih dahulu.. Tak apalah, sekurang-kurangnya dapat kami menyedapkan hati atuk kami ni.. Layanan mereka pun memang best.. Terima kasih...

    After pergi klinik, atuk cakap.. nak jalan-jalan ke teluk cempedak.. Katanya, tak pernah pergi..asyik dengar orang sebut teluk cempedak... Jadi, nadia and malia pun ikutkan saja.. Tak kisahlah, asalkan dia gembira.. Below ada lah sedikit picture yang sempat nadia snapkan...

    Monday, 12 April 2010

    Anak Buah Hilang Semalam

    Subhanallah, tengahari semalam sedang nadia rehat-rehat.. Tiba mak kejutkan.. "Diya, nain hilang..tolong carik..Puas dah mak carik..tengah suap dia makan tadi, tiba-tiba hilang" Suara mak dah lain, bercampur sebak.. Nadia keluar and tengok semua orang dah kalut.. Angah masih tidur kat rumah, penat baru balik kerja.. Dia belum tahu anak dia hilang.. Mak de,nenek, Acik Sopi, adik-adik nadia sendiri.. Habis keliling rumah, juga kawasan rumah kitaorang.. Keliling rumah nadia adalah rumah saudara mara nadia sendiri.. Maklum sajalah kawasan rumah kampung.. Selipar nain masih lagi dekat rumah.. Serius budak ni tak akan keluar rumah/pijak tanah kalau tak pakai selipar kerana budak ni memang penggeli.. Pasir terkena kaki sikit dah nanges..

    Dah buntu, mak pergi kejutkan angah.. rumah dia selang dua buah rumah saja, dia yang tengah mamai.. bangun terus pergi cari anak dia dalam semak belakang rumah nadia.. nadia and adik cari dekat area kolam tepi rumah.. Carik lagi dekat kolah ikan keli, sebab nain suka main-main kat situ.. Tak ada jugak... Dalm rumah usah cakap la,bawah katil, dalam almari habis kitaorang geledah carik dia..

    Dah hampir 20 minit, tetiba adik bongsu nadia jerit.. Mak, ni nain.. Mereka-mereka yang tolong carik semua serbu depan rumah nadia.. Nain muka takut-takut.. Adik nadia cakap dia duk dalam kotak dalam stor.. Subhanallah budak ni.. Stor dalam rumah nadia memang rasa sejuk aja.. Ayah cakap mungkin rasa sejuk, sedap.. itu yang dia suka duk dalam stor tu... nak marah dia kecik lagi.. agaknya dia nak main sorok-sorok, pastu bila dengar semua orang panggil dia, itu dia diam...takut orang marah.. Tiba ayah nadia jerkah, Hah lain kali orang panggil, menyahut la.. Terus meraung si nain.. Ayah nadia dukung, pujuk semula... serius, memang haru-biru tengahari semalam.. Mau tidak, itulah penyeri rumah kitaorang saban hari... Risau sangat-sangat..

    Mak cakap, masa nadia umur lebih kurang nain ni, 3tahun.. nadia pernah hilang macam ni.. Macam situasi yang berlaku jugak, habis semua orang mencarik.. Mak cakap masa tu dah hilang akal.. Pastu mak cakap ada tudung saji bawah meja.. mak ambil, tengok nadia dah tidur bawah tudung saji kuning tu, yang sampai sekarang masih lagi ada.. Rasa nak tergelak jugak bila dengar mak cerita.. tapi nadia sebenarnya dah tau tentang cerita nadia hilang ni.. Sebab kata mak, kalau nadia merajuk, mesti hilang.. Kalau tak tidur bawah tudung saji.. Pergi rumah nenek nadia..
    Apapun, lepas ni famili nadia lebih berhati-hati... Mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku...

    Wednesday, 7 April 2010

    Kongsikan Pengalaman Anda Mendidik Anak-Anak


    Sejak kebelakangan ini, nadia suka sangat tengok rancangan Nanny 911 yang ditayangkan di saluran ntv7, hari Isnin jam 8.30 malam.. Seronok sekali melihat gelagat nanny dan ibubapa melayan kerenah sekaligus mendisiplinkan anak-anak.. Yang paling nadia terkesan apabila nanny kena marah, kena kritik oleh ibubapa. Kadang-kadang kritikan itu memang menyakitkan. Tapi nanny ni buat muka selamba aja.. Yang paling nadia suka apabila dia cakap, tak salah untuk ajar anak seperti itu tapi LEBIH BAIK kalau kita ajar seperti ini.. Dia menggunakan cara lembut untuk menasihati ibubapa supaya bertegas dalam mendidik anak-anak..

    Apapun, nadia pernah dengar dari seseorang tentang cara mendidik anak iaitu 7 tahun pertama iaitu dari usia anak sehingga 7 tahun, adalah untuk dimanjakan.. Tak kisahlah bagaimana pun cara kita memanjakan anak-anak asal tidak keterlaluan.. 7 tahun kedua pula saat usia 8tahun hingga 14tahun, yang mana harus bertegas dan dipukul.. Pukul yang dimaksudkan bukanlah dengan niat menyakiti tapi dengan niat untuk mengajar/mendidik.. 7 tahun ketiga iaitu dari usia 15 tahun hingga 21 tahun, adalah menjadi sahabat kepada anak-anak.. Biarlah anak-anak menangis dibahu kita bukan dibahu orang lain..

    Hurmm, nadia pun tidaklah berapa pasti tentang semua ini.. Maklum sajalah belum bergelar seorang ibu.. Namun nadia cuba ambil sedikit pelajaran untuk membina masa depan.. Tidak salah kan.. Mungkin sahabat-sahabat yang sudahpun bergelar ibu/ayah boleh berkongsi pengalaman untuk dikongsikan bersama yang lain.. Apa salahnya kan.. Jadi, sudi-sudikan lah untuk meninggalkan komen ya..