Wednesday, 3 November 2010

Kenapa Wanita Jepun Ramping


Berikut adalah artikel ringkas yang nadia terbaca dalam Majalah Rapi, Bil 151, mukasurat 97. Artikel yang sangat berguna bagi sesiapa yang ingin ramping. Tapi bagi nadia sendiri, lebih mengambil manfaat artikel ini dari sudut kesihatan. Sangat berguna.
Tabiat makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di pelbagai pelosok dunia. Antara tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan adalah diet warisan masyarakat asia khususnya di Jepun, China, Korea, Vietnam, Thailand dan India. Berikut adalah strategi pemakanan yang digelar sebagai rahsia tujuh dapur Tokyo.




Rahsia Pertama
Makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Rahsia Kedua
Sajian makanan dalam kuantiti yang kecil
Rahsia Ketiga
Sup miso menjadi sajian sarapan utama
Rahsia Keempat
Memasak secara sederhana
Rahsia Kelima
Nasi menggantikan roti.
Rahsia Keenam
Hanya jamah makanan pencuci mulut
Rahsia Ketujuh
Wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Oraite, jadi mari kita cuba-cuba untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat ini. Ramping tu biarlah perkara kedua, yang penting mendapat kesihatan yang bagus, dapat menjalani rutin harian dengan sihat, ceria dan bahagia. InsyaAllah.


2 comments:

yantie3011@gmail.com said...

Selamat mencuba nadiah.. tp jgn x mkn lgsung plk tau nnt dpt penyakit lain plk.

Dhea Ahmad said...

hihihi...makan tp dlm jumlah sedikit... Thanks yantie...