Thursday 9 December 2010

Tazkirah: Buah Hati Tercinta Penghalang Syurga



Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim

gambar sekadar hiasan
Malam ini merupakan malam Jumaat, jadi ingin nadia kongsikan sedikit tazkirah bersama semua sahabat blog dan juga pembaca di luar sana.. Semoga ianya menjadi panduan dalam kita menjalani kehidupan seharian. InsyaAllah..

................................................................................
................................................................................

Pada usianya yang sudah menjelang senja, Samnun masih sempat mengahwini seorang wanita. Hasil dari perkahwinan tersebut, Allah telah mengurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel kepada pasangan tersebut dan mereka sangat menyayangi dan mencintai anaknya itu.
Pada suatu malam, dia bermimpi hari kiamat telah tiba. Dilihatnya setiap Nabi dengan benderanya sendiri, begitu juga dengan para wali Allah SWT, dengan sinar keimanannya menjulang ke ufuk. Mereka semuanya berada dalam suatu barisan dari golongan orang-orang yang menyintai Allah dengan penuh keikhlasan dan melebihi dari cinta dengan yang lainya.

Melihat barisan tersebut, maka berlarilah Samnun untuk masuk ke dalam barisan tersebut, akan tetapi tiba-tiba malaikat menariknya. lalu bertanyalah Samnun kepada malaikat tersebut. "Aku adalah termasuk hamba yang mencintai Allah, mengapa aku dilarang masuk ke dalam barisan tersebut."
Malaikat menjawab,"Kamu memang termasuk orang yang mencintai Allah, akan tetapi setelah Allah mengurniakan kamu seorang anak pada saat ini telah berusia tiga tahun, kamu telah menyintai anakmu lebih dari Allah. Maka namamu telah kuhapuskan dari barisan ini."
Mendengarkan ungkapan malaikat yang sedemikian, maka menyesallah Samnun dan dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan benar-benar bertaubat kepada Allah. Pada waktu itu juga dia berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jika anakku itu penghalang bagiku untuk mendekatkan diri kepadaMu, maka alangkah lebih baiknya jika engkau ambil saja anakku."

Tiba-tiba Samnun terjaga dari tidur dan ketika tu pula dia mendengar suara orang ramai mengatakan bahawa anaknya terjatuh. Ketika Samnun melihat anaknya itu, ternyata anaknya telah pergi menghadap Ilahi. Seraya hati kecilnya berkata,"Maha Besar Engkau Ya Allah, Engkau telah mengambil kembali sesuatu yang menjadi antara aku dan diriMu."

................................................................................
................................................................................
Cintailah Allah lebih dari segalaNya supaya engkau tidak kecundang dengan setiap perlakuan makhluk di bumi Allah ini...Wallahualam.
sumber artikel: kisah insan-insan yang bertaubat


3 comments:

AYuNG said...

tazkirah....terima kasih..:)

ardinihumaira said...

;)
hari jumaat penghulu segala hari..

Dhea Ahmad said...

@ ayung and ardinihumaira: thanks dear