Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT
Ohhh tinggal lagi 3 hari sebelum 2010 menutup tirai... Seperti mimpi tau, masa tersangatlah pantas berlalu... Banyak lagi yang belum sempat dicapai untuk tahun 2010, dah nak 2011 pulak... So yang mana belum sempat dicapai, nadia bawak ke tahun 2011... And hopefully akan terlaksana pada awal tahun.. Sejujurnya, banyak suka, banyak juga duka, banyak cuka banyaklah juga gula..... hihihihi tak semua yang pahit itu akan berterusan pahit... Yang pasti hujungnya pasti membuahkan kemanisan....Alhamdulillah sepanjang tahun 2010, nadia diberikan nikmat kesihatan yang tidak terhingga oleh Allah SWT... Tahun-tahun sebelumnya nadia sangat kerap terkena Athma sehingga ditahan wad atau kena sedut oksigen... Alhamdulillah syukur, pada Allah Yang Menyembuhkan...
Bercerita tentang 2010, seawal tahun lagi nadia dah buat list apa yang perlu settle dalam tahun 2010 and perkara yang paling-paling dan paling tidak tersangka dalam tahun 2010, nadia dapat beli si Jaguh Jambu...iaitu Proton Saga Hitam kesayangan nadia.. Hati sebenarnya ingin mendahulukan hal yang lebih penting, namum inilah yang dikatakan kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. Dan nadia terima dengan hati yang gembira..
Alhamdulillah juga, awal tahun 2010, nadia berjaya khatam Al-Quran... Sejujurnya sebelum ni nadia terlalu sibuk dengan duniawi sehingga terleka dengan bekalan-bekalan untuk di bawa akhirat kelak... Alhamdulillah syukur sangat-sangat... And hopefully awal tahun depan, nadia mampu ulanginya lagi...InsyaAllah doakan ya.... Berikut nadia kongsikan sedikit kelebihan membaca Al-Quran... Semoga ianya memberi kesedaran, panduan buat kita semua... InsyaAllah..
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Apapun, semoga Allah memberkati segalanya.. And satu yang nadia belajar, niat adalah perkara yang paling utama... Kemudian kesungguhan kita dalam menjadikan ia satu realiti diselangi dengan doa yang tidak putus kepada Allah Yang Maha Esa... Ingat, Allah Maha Berkuasa dan segalanya datang dengan izinNya.. Jadi bermohonlah selalu kepada Allah.... dan segarkan lidah serta hati kita dengan selalu menyebut nama Allah Yang Maha Agung.....
nota: jom kongsikan pengalaman anda di tahun 2010....semoga ia memberi panduan bersama...InsyaAllah..
4 comments:
eh takde button like ek? LIKEE!!!
thnx nadia atas peringatan ni, kadang2 manusia sibuk nak kejar matlamat duniawi sampai lupa ukhrawi. makin kite kejar duniawi, makin jauh dia lari, tapi makin kite kejar ukhrawi inshaAllah duniawi pon kita akan dapat >.<
thnx nadia,
smoge segala azam awk utk tahun depan Allah permudahkan ^__^
Alhamdulillah, rezeki itu mmg ada selagi kita berusaha mencarinya kan :)
@ tqaawesome: mcm nadia ni ha selalu sangat leka...
@ Huda: yup, yg penting kita usaha
Post a Comment