Monday, 13 June 2011

Persoalan Mengawal Sebuah Kemarahan


Okay, ada seseorang bertanya kepada nadia melalui comment box,
tapi nadia sedikit keliru tentang siapa sebenarnya yang mengajukan
persoalan.. So, nadia abaikan saja siapapun dia dan nadia cuba untuk
menjawab pertanyannya... Sebelum itu, ingin nadia katakan, ini
sekadar pendapat peribadi nadia. Dalam soal mendidik anak, nadia
belum mempunyai pengalaman, kahwin pun belum... apa yang nadia
huraikan adalah melalui pemerhatian juga dari bacaan nadia sendiri..
Sekiranya ada yang tersilap maafkan nadia ya....


Okay, soalannya begini..
saya seorang bapa,cepat naik angin bila tidak suka anak yang disuruh melakukan kerja menunjukkan muka yg tidak ikhlas...bagaimana saya dapat menghilangkan perasaan ini dan lebih berdiplomasi.

Pendapat nadia begini ya...
Dalam soal mendidik anak sebenarnya sangat berat, waktu kecil memang
dirasakan tenang dan gembira kerana anak itu belum tau untuk memberontak..
Apabila tiba saja peringkat remaja, keadaan akan semakin berubah...



Bagi nadia, anak-anak sedari kecil akan mula terikut apa saja yang kita ajarkan..
Percaya atau tidak, kebanyakkan produk akan berubah mengikut bentuk acuan..
tapi tidak kesemuanya..Segelintir saja... Justeru itu, sebolehnya dari kecil,
cubalah bentuk anugerah dan amanah Allah itu sebaiknya... Setiap ibu bapa,
bahkan nadia sendiri pada masa akan datang, inginkan yang terbaek untuk
anak-anak kita...jangan sayang untuk katakan tidak pada anak dan jangan
sayang untuk ditangan-tangankan tapi berpada-padalah kerana tujuan
untuk kita tangan-tangankan itu untuk mengajar, bukan menyakiti...
Soal anak menunjukkan muka, itu cara mereka memberontak menunjukkan
ekspresi bahawa mereka sedang marah.. Biarkan saja, jangan dilayan
kerana kalau kita layankan perasaan mereka, disitulah mula timbul rasa
marah dalam diri kita... Ingat, ketika kita marah, syaitan dengan mudah akan
cuba merasuk, mengatakan marah lagi, marah lagi...

Sesudah anak itu reda, maka jangan ego untuk mengucapkan terima kaseh
dan memuji.. Berhemahlah kerana perkataan atau perbuatan yang lembut
itu mampu mencairkan rasa marah dalam diri seseorang... Pernah nadia lihat
dalam siri nanny 999, rancangan kegemaran nadia... Waktu si anak tidak
mahu berusaha mengemas permainannya.. satu persatu Nanny mengambil
mainannya, tapi tetap dia memberontak tidak mahu mengemas... lalu
diambil lagi, dan dilihat anak itu tetap memberontak tidak mahu mengemas.
lalu diambil mainan yang paling disayangi dan disembunyikan....akhirnya 
anak itu sedar bahawa sekiranya dia mendengar kata, satu-persatu
mainannya akan dikembalikan... Nadia faham setiap kerenah anak-anak itu
berbeza dan sama sekali tidak sama.. Tapi cubalah fahami dan sedikit
bertegas untuk kemajuan dirinya... 

Dan last sekali, berdoalah pada Allah selalu..Ingatlah selalu, Allah Maha
Mendengar... Kadang-kadang kita asyik memikirkan kesilapan pada
orang lain dan ternyata yang silap itu datangnya dari diri kita sendiri....
Mak nadia pernah bercerita, ada seorang yang dikenalinya, anak-anak
dan keturunannya semua cerdik pandai.. dan apa yang mak tahu, rupanya
nenek moyangnya dulu, saban waktu berdoa semoga keturunannya menjadi
orang yang cerdik pandai...Jadi, berdoalah..percayalah pada Allah Yang
Maha Kuasa...Anggaplah ini ujian dariNya untuk anda menjadi orang yang
lebih sabar dan kuat...


Nadia ada seorang adik perempuan remaja, paling bongsu... Jujur katakan,
nadia paling-paling takut sekiranya sesuatu yang buruk terjadi padanya..
memandangkan pergaulan yang terlalu bebas sekarang...Pernah dulu,
dia sering sahaja memberontak, malah bila disuruh, pasti mencebik...
Memang sangat menguji kesabaran nadia sebagai kakak sulong....
Puas nadia fikirkan..dan apa yang nadia lakukan, setiap malam sebelum
tidur, nadia akan bercerita dan bertanyakan masalahnya... 
waktu tu, dia akan ceritakan segalanya... dan dari situ nadia mula
carikan penyelesaiannya.... Kesimpulan nadia dapat dari itu, ianya adalah
kesilapan nadia sendiri kerana sebelum ini nadia terlalu sibuk dengan
diri nadia, kerja nadia hingga tiada masa untuk menjadi temannya...
Sebagai anak sulong, adalah tugas utama membantu meringankan
beban keluarga, begitu juga soal mendidik adik-adik...

Hurm, rasanya dah terlalu panjang pendapat peribadi nadia kan...Apapun
nadia mohon maaf sekiranya ada tulisan nadia yang kurang enak... Dan
nadia mohon bagi mereka yang ada pengalaman, sila utarakan pendapat
anda sebagai panduan untuk kita semua yang membaca... Semoga kita
semua diberi petunjuk dan kemudahan oleh Allah dalam menjalani
kehidupan...Amin..... Sekian, terima kaseh....


8 comments:

scya lollita said...

hmm pndpt cik scya , ank ni x bole kte mnjekan sgt . tp x bole tlalu kontrol sbb nt dye mbrontak . dr fadzillah kamsah pun pernah ckp , cr nk didik ank bg dye buat ape yg dye nk buat tp kte kne kontrol .

kwl kmrhan ni , psikologi . cre islam pun ade bnyak kan .

ijam ismail said...

gud luck!
nice entry!
=)


come vst my blog

atiqah wadiah said...

huwaaa k.nadia,bgos nyer akk ni..btw,advice akk bley diaplikasi in future..tanx :)

Bunga said...

anak..bila dia buat baik kita puji n bila dia buat jahat kita nasihat..

susah sebenarnyer..hehe

Anonymous said...

jagalah anak kita seperti mana ibu bapa jaga kita ketika kita bergelar anak

lilypelangi said...

anak nie ada perbagai ragam .. so , cara kita didik mestilah pelbagai dan bersesuaian dengan cara islam . yg paling pnting jgn terlalu mnjekan anak coz tkut bila besar dia tak pndai berdikari . .

itu pendapat sy la (:

zuwaidah said...

dah boleh jadi pakar motivasi nadia nih..tahniah..

Ardini Humaira said...

nanti ada anak sendiri tatau la dni nak wat cmana. risau juga kalo tersilap didik uhu