Sunday 31 July 2011

Soalan Dari Formspring; Semoga Membantu

Assalamualaikum WBT, salam di hujung minggu... 
Semoga semua kawan-kawan blog nadia juga reader di luar sana sentiasa ceria and sehat, diberkati dan dirahmati Allah selalu.... Esok kita semua akan mula berpuasa...Ohhh Alhamdulillah syukur kita masih diberi peluang oleh Allah untuk menunaikan ibadah puasa tahun ini.. Semoga dilapangkan dada buat kita dan diberi kemudahan untuk terus beribadah kepada Allah... InsyaAllah....

Hari neh, nadia update sangat awal, bangun awal sebab kalau pagi saja broadband nyer lancar, tak adalah tenat sangat..Kalau waktu lain, boleh nanges menunggu loading....Lagipun nadia nak siapkan
booklet cover, so senang nak cari bahan....


Okay, dah jauh sangat pulak nadia melalut..Actually nak jawab pertanyaan dari kawan-kawan yang hantar soalan di Formspring... nadia sebenarnya tak tahu nak jawab macammana, cuma inilah sekadar jawapan yang mampu nadia berikan and yang mampu nadia bantu...If tak faham, boleh emailkan saja terus pada nadia......



Soalan 1: 
salam. cik nadia sy azwan berminat dlm bidang grafik ne, n leh tak bg tau cara2 nak upgrade laman blog sbb sy baru belajar  buat blog, so plu blajar lah lbih bnyak lg.. thanks

Jawapan:
Wslm WBT Azwan... Bidang graphic dengan blog neh memang sinonim, kalau suka blog and tahu grafik, so senang nak ubah atau design sendiri apa yang kita nak... Cuma perlu tahu, apa yang kita designkan untuk blog, jangan design yang terlalu berat sebab faham-faham sajalah, rata-rata kawan-kawan blog ramai yang pakai broadband, so loading akan jadi sangat lambat... untuk menarik orang ramai ke blog, pastikan loading blog anda cepat.. Tentang upgrade laman blog, sebenarnya dah banyak sangat  tutorial untuk upgrade blog sekarang neh... kawan-kawan blog lain kebanyakkannya sangat senang berkongsi ilmu untuk kita manfaatkan bersama...Contoh tutorial untuk letak button page and banyak lagi lah... Cubalah untuk explore lebih jauh...insyaallah azwan pasti boleh and berjaya...


Soalan 2:
salam nak tya... nadia buat header guna apa???photoscape boleh ker???

Jawapan:
Wslm WBT.... Okay untuk header tuh, nadia buat menggunakan Adobe Illustrator... then after siap nadia edit pulak guna Photoscape untuk dapatkan design 'ring notebook' tuh....Contoh nak buat, cuba  cari dulu gambar atau icon yang kita nak jadikan sebagai simbolik kepada header atau blog kita, macam nadia gunakan lembaran kertas and pen bulu ayam tuh sebab bagi nadia blog neh seperti diari... Apa yang kita rasa, kita luahkan di sini..Walaupun tak sepenuhnya hal privasi kita catitkan di sini tapi sebahagiannya adalah kisah hidup kita sendiri....Okay, then after dah dapat gambar, edit guna Photoshop then after dah siap, baru guna Illustrator.... nadia memang suka edit semua header guna Illustrator sebab rasanya nadia lebih friendly dengan Illustator..InsyaAllah ada kelapangan nadia cuba siapkan tutorial untuk header seperti nadia tuh ya....


Soalan 3:
cam ne kak / dik nadia ble buat tajuk 'INILAH KISAH HIDUPKU  NADIA ARRUMAISHA' tu ,latar blakang nye camtu?? cantiklah!!  ajarlh saye.

Jawapan:
InsyaAllah ada kelapangan, nadia akan buat tutorial tapi tak nak berjanji sebab nadia memang sangat busy kebelakangan ini... Apapun nadia akan cuba cari masa and siapkan tutorial itu ya....Terima kaseh bertanya...



Soalan 4:
nadia ad cara x cmnew nk fokus dlm plajaran???????

Jawapan:
Hahaha soalan neh nadia pun sebenarnya tak pandai sangat nak jawab....huhuhuhu belum mampu untuk beri jawapan yang berkesan sebab nadia pun belajar setakat manalah sangat...huhuhubudak-budak sekarang rata-ratanya belajar tinggi, kalau nadia neh cuma Diploma tapi sekarang neh paling-paling rendah pun Degree.. apapun, rezeki masing-masing kan...Alhamdulillah syukur dengan apa yang Allah berikan.... Okay, ini sekadar pandangan nadia ya... Bagi nadia lah kan... matlamat kita, apa yang kita nak pada masa akan datang... Macam nadia neh kan.. Nadia belajar Multimedia tau, masa Semester 1 dulu, result nadia sangatlah teruk.... tak sampai 3.00 pun CGPA... mase tuh, banyak giler kot main...Tak fokus langsung...Then nadia dapat info, PTPTN payah nak dapat kalau result rendah...Masa tuh gelabah jugak, nadia dapat PTPTN masa Semester 2, then nadia jugak buat kerja partime sebelah malam as promoter untuk tampung belanja kolej...Nadia neh bukan orang senang, so kena tahulah untuk usaha sendiri....

Then, nadia struggle balik..Alhamdulillah naek sikit-sikit sampai last project, CGPA memang naik...Walaupun tak adalah tinggi sangat tapi nadia puas hati sebab usaha sendiri... Oh ya, masa nadia belajar, nadia selalu set dalam mind, after grad, nadia harus tahu atau mahir sesuatu dalam bidang yang nadia ambil neh... so nadia pilih untuk mahirkan diri dalam Macromedia Flash...Memang nadia sangat minat dengan animation...Then, after grad tuh, nadia banyakkan explore Illustrator memandangkan nadia banyak terlibat dengan kerja-kerja
grafik....

Apa yang nadia boleh katakan, cubalah terapkan minat kita dengan course atau subjek yang kita ambil sebab dari minat itulah, baru timbul semangat untuk belajar and then dapat fokus dengan apa yang kita belajar.....Minat buat kita semangat, semangat buat kita fokus....InsyaAllah....Sorry ya kalau melalut sangat....


Oraite, ini saja jawapan nadia...Hopefully kawan-kawan yang sudi bertanya nadia neh akan temui jalan keluar dari persoalan itu..... maafkan nadia, hanya ini yang mampu nadia bantu.....apapun
All the best untuk semua ya....sayang selalu......



6 comments:

Muiz Ilusinasi said...

da jdik mcm kaunter pertanyaan plak..hehe XD

Chuu Muqhlis said...

salam ramadan sis ^^~

Unknown said...

jawpan yg bernas :)

Bunga said...

amboi..dah jadi cam pakar ni..heee

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Thanks kerana sudi berkongsi. Header tu mmg cantik biarpun simple...

[sutera kasih] said...

lama dh sy tak cek formspring..lupa dh paswod..adoiii