source: google |
Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.... Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya,
bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh kerana itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu,
tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja,
dan seorang isteri yang penurut.
Perubatan moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkan rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, kerana dia, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi SAW, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta-merta, maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksudkan dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu, dia adalah separuh bahagian dari masyarakat sosial yang membina separuh yang lain. Sekalipun demikian, hampir seorang wanita solehah boleh menjadi keseluruhan masyarakat sosial tersebut.
Wallahualam
/// artikel ini dikongsikan oleh rakan facebook saya, sumber tidak pula saya ketahui.. Semoga Allah memberkati penulis artikel ini dan moga kita mengambil manfaat untuk memperbaiki diri lewat nafas terakhir..
4 comments:
salam perkenalan dari afiq
suka artikel nie...thanks for the share....
kemuliaan wanita sgt tinggi, namun brp ramai yg menghargainya.
wahai wanita 'jagalah maruah dan jganlah dibuang ke longkang
Post a Comment