Thursday 26 July 2012

Just My Wedding Progress


Bismillahirrohmanirrohim


Alhamdulillah syukur pada Allah... Masih diberi peluang menghirup
sisa kehidupan, menyemarakkan Ramadhan yang sangat indah...
Alhamdulillah...


Ohhh lately saya sangat busy untuk update blog and sangat-sangat
hilang buah fikiran untuk mengetuk keyboard ini untuk mengupdate blog..
Apapun, saya berharap masih ada yang sudi bertandang and memberi
pendapat di blog ini...InshaAllah...



Okay, about my wedding progress... Ohhh sangat-sangat teruja..
Alhamdulillah tag Terima Kaseh untuk paperbag and gift dah siap..
And lepas neh wedding card...Ohh tetiba saya berdebar... Adakah
semakin hampir untuk saya bergelar isteri? Alhamdulillah..


kadang bila saya bersendiri, saya terfikir... Last year, saya merancang
hari bahagia bersama seorang lelaki yang saya kenali 3 tahun lalu namun
takdir Allah itu sangat hebat.. Dan hari ini, hampir 3 bulan lagi saya 
bakal berkahwin dengan lelaki yang saya benar-benar kenali lebih 
kurang 6 bulan saja.... Hanya Allah Yang Mengetahui dan saya serahkan
segalanya pada Dia Yang Maha Hebat kerana saya yakin Dia Telah
menyediakan hal-hal yang terbaek untuk saya...Alhamdulillah...


Kawan-kawan yang sudi membaca, saya mohon untuk anda semua,
sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Abu Halim, lelaki
yang pernah mewarnai hidup saya dan mengajar saya untuk lebih dekat
pada Yang Maha Esa... Al-fatihah... Kenangan dengannya tidak pernah
luput tetapi sentiasa saya simpan sebagai semangat untuk saya teruskan
kehidupan di dunia ini....

Dan doakanlah kebahagiaan saya, semoga saya tabah mengharungi
liku-liku kehidupan... InshaAllah....






8 comments:

ciknadia said...

al-fatihah untuk arwah..semoga di tempat dalam kalangan orang2 yang beriman..amin..

Anasyg said...

Al-Fatihah kak nadia- semoga segalanya berjalan dengan lancar - insyaAllah

shieraridwan said...

maasyaAllah~
semoga terus kuat yee kak :)

insyaAllah, segala berjalan dengan lancar dengan izinNya.^^

HeNRieTTa JoSe said...

dah xlamer lg dh....kenangan harus disimpan...tp kehidupan sekarang mesti diutamakan....

Unknown said...

Salam ziarah. Lewat malam baru punya ruang ke sini.

InsyaAllah cik, moga semua persiapan akan dipermudah dan diberkati.

Juga, sepanjang Ramadhan ialah masa yang terbaik untuk berdoa. Sama-sama kita mendoakan arwah yang telah pergi, juga dalam masa yang sama, doakan kita kekal tabah untuk hari-hari yang bakal kita lalui.

Siapa yang meminta kesabaran, Allah akan memberinya sabar. Siapa yang meminta ketabahan, insyaAllah akan mendapatnya :)

salam kenal daripada saya, penulis kecil-kecilan.

Unknown said...

moga dipermudahkan semua urusan ye nadia :)

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth..

Al=fatihah...

salam kenal...

Unknown said...

Al-Fatihah.. apa pun sabar yew dear.. Allah itu maha mengetahui... Kita merancang Allah yang tentukan.. Apapun tahniah tak lagi akan begelar isteri.. semoaga bahagia yew...