Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT.. Hai semua....
Alhamdulillah syukur, diberi kelapangan hari neh..
Okay, dalam entry lalu saya ada ceritakan tentang hal-hal
DIY dalam perkahwinan saya..And salah seorang sahabat
blog ader bertanyer tentang bunga tisu dan bunga hiasan
pada goodies bag yang saya buat waktu majlis tempoh hari..
Okay, first sekali untuk bunga tisu tuh, saya gunakan napkin
tissue and untuk satu-satu bunga, saya buat empat lapis untuk
jadikan kelopak bunga tuh beralun, berlapis.. Manakala untuk
bunga pada goodies bag pula, saya gunakan kertas warna
biasa saja...Alaaa yang harga 60 sen kat kedai runcit tuh...
Mase nak buat 800 bunga goodies bag tuh, abis kertas warna
merah, kuning and pink yang ader jual kat kedai area rumah..
Semua saya belasah.... Sampai orang pun pelik, berplastik
jugak saya duk memborong kertas warna...Itulah al-kisahnya
tentang bungabunga tisu, kertas yang saya buat masa kawen dulu..
Seterusnya, cerita lepas kawen...Actually first sekali nak bagitau..
Saya semakin bambam... Subhanallah dah tak reti nak control
makan kot.. Aduh tepuk dahi, rasa pening dah pikir pasal neh kan..
Akibat ketembaman ini, ada yang cakap saya pregnant ke?
Ehhhh belum lagik.. Saya dan Incik Suami dalam mood honeymoon
lagik tapi kalau Allah bagi rezeki...Subhanallah, Alhamdulillah...
Btw, Isnin ini (17.12.2012) Incik Suami akan ke Batu Caves,
kena pergi kursus... Jadi untuk tempoh seminggu, dapatlah saya
kembali ber'sms' dengan jayanya dengan Incik suami seperti masa
bertunang dulu... Pernah saya usik Incik suami, saya katakan padanya,
"Sayang duduk kat ruang tamu, saya duduk di dapur, nanti kita sms ya"
Geleng kepala melayan kerenah saya....
Apapun sedikit perkongsian dari saya tentang tanggungjawab sebagai
isteri neh... Sebelum berkawen, saya gemar membaca.. Selalu saya
baca kisah isteri-isteri para sahabat begitu juga srikandi Islam yang
namanya sentiasa kita ingat. Dan saat itu, saya fikir ohh mudahnya
menjadi isteri solehah.. Tapi sejujurnya apabila berdepan sendiri situasi
ini sekarang, kadang-kadang rasa payah sangat.. Justeru itu, tahulah
saya kenapa ganjaran bagi isteri yang diredhai suami itu sangat besar..
Alhamdulillah syukur saya dikurniakan suami yang memahami dan
sangat lembut hati dalam melayan kerenah saya.. Semoga Allah merahmati
dan memberkati rumahtangga kami...Amin...
Doakan kebahagiaan kami ya... Terima kaseh...
6 comments:
Semoga bahagia ke anak cucu dan menjadi isteri solehah. InsyaAllah :-)
semoga kekal bahagia hendaknya..
Nadiaaa :)
Terima kasih sudi berkongsi.
Cantik sangat. Serious suka :)
done follow , follow bck http://aisyaieyka.blogspot.com
semoga bahagia ke akhir hayat kakaQ :)
hehe.. samelah kite.. after wedding badan macam kena pam. nak kate byk makan tu tak jugak. pening ni cane nak maintain balik macam sblm2 ni. risau tak muat dah nak pakai bebaju bujang dulu.. huk huk
so sweet gambar akak ngan suami akak :)
Post a Comment