Friday 18 January 2013

Boleh Ke Pakai Minyak Wangi Alkohol Ketika Solat

Bismillahirrohmanirrohim



Assalamualaikum WBT...hai semua.... Salam Jumaat.. Alhamdulillah hari yang sangat indah...
Okay, cerita pasal minyak wangi boleh bawa solat atau tak neh sebenarnya dah lapuk kan.. Ye lah, banyak yang pertikaikan dan banyak jugak yang pertahankan.. Tak cakap orang laen, saya sendiri pernah tanya lecturer Pengajian Islam saya masa kuliah di kolej dulu.. Dan jawapan lecturer saya, dibenarkan.. Dan bagi pendapat peribadi saya sendiri juga, adalah tak salah.. Sebab bagi saya alkohol yang dimaksudkan tidak boleh dibawa solat adalah alkohol yang diminum.. Bukankah alkohol yang diminum akan menyebabkan seseorang itu hilang tahap kewarasannya atau kita sebut mabuk.. Dan alkohol dalam minyak wangi bukanlah kita minum sebaliknya kita calitkan pada pakaian supaya tidak menimbulkan bau yang kurang menyenangkan yang mungkin mengganggu rasa khusyuk kita dalam solat. Bahkan kalau kita solat berjemaah sekalipun, bau badan jugak mungkin mengganggu jemaah laen yang berada dekat dengan kita.. Cuma, kalau pakai minyak wangi, berpada-pada lah bagi saya, jangan sampai orang yang berada dekat kita, pening dengan aroma yang kuat..Bersederhana maksudnya... Ini semua pendapat saya lah..kalau salah, maafkan kelemahan saya dalam bersuara...



Dan ini pula jawapan yang saya petik dari Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, dan penjelasan dari beliau ini meleraikan kekeliruan saya dan moga ia membantu korang jugak...InshaAllah... 

..................................................................................................................................................

Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Baca lagi di sini
..................................................................................................................................................

Jadi, semoga penjelasan Ustaz Zaharuddin ini, mampu menjadi rujukan saya juga korang semua untuk masa-masa akan datang.. InshaAllah..........







6 comments:

Anonymous said...

ada jgk baca pasal ni aritu..=)

asyifamustaffa said...

ok....thx sharing info yg beguna nie....kenkadang masih ada salah paham gak.....

Hidayatul afzam said...

Info yg menarik :)

EMYR ASHRAFF said...

Perkongsian yang menarik :)

Unknown said...

info yg menarik..:)
(ayusham http://eiqaleysha.blogspot.com)

Unknown said...

thx for sharing dis sis.nice entry :) btw alredy follow u..