Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah hari Isnin sudah... Syukur pada Allah...
And saya doakan korang semua lebih ceria, lebih bahagia, lebih bersemangat dari minggu sebelumnya...InshaAllah... Okay, hari neh nak share sedikit cerita, yang mungkin boleh kita jadikan panduan, pelajaran dalam menempuh kehidupan di dunia ini..InshaAllah.. Cerita ini saya terbaca dari Facebook seorang sahabat saya, yang dia share dari muslimah laen dan hari ini saya pula ingin berkongsi bersama korang semua... Semoga kita sama-sama belajar, ambil manfaat dari ceita ini.. Walaupun ringkas tapi padat manfaatnya..
Cerita seorang isteri solehah
Seorang isteri menangis-nangis ingin memandikan jenazah suaminya namun bapa mertua dgn polis forensik tidak membenarkan.. Sambil menangis, si isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku, kemudian ustaz itu membenarkan si isteri untuk memandikan jenazah suaminya.. Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi bersama menemani si isteri memandikan jenazah suaminya..
Dengan tenang si isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."
Lalu membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
Dan membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
Kemudian membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana ksih sayang Allah pada mu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..
Membaca cerita ini, membuatkan hati saya luluh, adakah saya mampu menjadi seorang hamba Allah yang redha dalam segala hal.. Saya seorang yang sedikit baran, jadi banyak hal terkadang buat saya cepat melenting.. Astaghfirullah... Pernah suami minta untuk saya dengarkan dan menegur bacaan mengaji beliau, namun belumpun sampai setengah surah, saya sudah mencebik bila ada kesilapan bacaan.. Dan suami pernah menegur saya supaya belajar bersabar dan belajar untuk mengawal sedikit rasa marah.. InshaAllah saya akan berusaha sebaek mungkin..InshaAllah saya akan belajar memperbaiki... Dan doakanlah kesejahteraan hidup saya dan suami........
3 comments:
InsyaAllah yunk..
org doakan semoga kamo mampu menjadi isteri yg solehah..
pernah baca kisah nie...dan wanita tu sangat tabah...jika rietta ditempat dia...mungkin hnya tangisan yang mampu rietta luahkan...
insyaAllah baik2 aja,,, besh entry ni,,,
Post a Comment