Sunday, 14 July 2013

Aduhai Hackers

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum WBT...
Salam hujung minggu semua.. Rehat-rehatkan badan dan minda ya.. Okay hari neh saya nak bercerita tentang hackers memandangkan baru-baru ini facebook account milik bos saya telah pun di 'hack' oleh insan yang tidak bertanggungjawab..Sebenarnya bos saya perasan bila cip game yang dia selalu main semakin berkurang dengan sendirinya.. Dan apabila dia log out dari game, teruslah tak boleh nak log in..

Then esoknya dia datang ke pejabat dan bertanyakan kitaorang mengenai hal tersebut.. Mulanya kitaorang cuba dapatkan security code yang dihantar terus ke handphone bos tapi melalui kotak security tuh, hanya 6 digit kena masukkan tetapi security code yang dihantar adalah 8 digit.. Puas jugaklah godek sana, godek sini.. Then cuba jalan laen iaitu melalui email account.. Satu hal pulak sebab bosnya dah lupa password email.. Waduh-waduh....... Saya try jugak godam akaun email sebab sebelum neh facebook shop saya pernah di hack tapi Alhamdulillah dia tak sampai tukar saya punya security question..So dapat diselamatkan tapi si hackers yang meng'hack'kan account facebook bos saya neh dah pun hack sekali email bos.. Sekali dengan security question dia tukar weiii... So saya yang dah tak berapa nak pandai neh lagilah buntu...



So jalan terbaek adalah bukak email account yang baru and create new facebook account untuk bos.. Kesian bos, gara-gara hackers tuh nakkan cip game tuh saja, habis seluruh kawan-kawan facebooknya hilang.. Katanya dia tak kisah tentang cip tapi dia kisah tentang kawan-kawan dia dari oversea... So tak boleh nak apa dah...And yang buat bos lagi geram, bos still lagi terima notification dari game tersebut via handphone, dan itu menunjukkan si hackers masih lagi aktif menggunakan account tersebut... But last day, bila saya cuba untuk view profile lama tuh, dah tak ada.. Samada telah deactive atau telah pun diblocked... Entahlah... Apapun risau jugak sebenarnya dengan masalah hackers neh sebenarnya terutama sekali kalau business account.. Fuh boleh menanges tau.........

Apapun..Nauzubillahi Min Dzalik... moga Allah jauhilah kita dari perkara-perkara buruk neh...hidup neh macam boomerang, kita baling kita akan dapat balek.. So kita buat orang hari neh, esok-esok kita akan terkena balek... Wallahualam...



2 comments:

Nurhanisah (Anis Artslife) said...

sy dulu pun kene hack fb and account email..alhamdulillah dpt balik account fb tu...

♥ Sabrina Gazali ♥ said...

entah apalah motif org tak bertanggungjwb ni utk hack account org lain ya? buat geram jugak. buatlah account sndiri, tkyah nak hack org pnya....sbr jalah...