Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum WBT.. Salam hujung minggu buat sahabat semua.. Alhamdulillah syukur hari ini keluarga diberi rezeki dan kemudahan oleh Allah untuk membuat bubur asyura untuk dibahagikan bersama jiran tetangga.. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut mengenai tajuk post ini, mari kita renung sejenak hadis di bawah..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang."
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Apa yang dimaksudkan dari hadis di atas adalah setiap rezeki itu telah ditentukan oleh Allah SWT. Dan untuk menambah keberkatannya, maka haruslah kita membiasakan diri untuk berbagi-bagi rezeki itu dengan menjadi hambaNya yang pemurah. Sesungguhnya setiap rezeki yang kita perolehi itu, terdapat hak-hak orang lain di dalamnya dan wajib untuk kita tunaikan. Wallahualam.
Okay, sekarang kita cerita pula tentang tujuh perkara yang patut kita amalkan untuk mendapat kemuliaan dari Allah Yang Maha Mulia. Tujuh perkara tersebut adalah;
1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.
2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu perkara.
3. Mengucapkan Istighfar setiap kali melakukan perkara yang tidak bermanfaat.
4. Mengucapkan Inshaa Allah setiap kali berjanji akan sesuatu.
5. Melafazkan La Hawla Wala Quwwata Illa Billah setiap kali mendapati sesuatu hal yang tidak disukai.
6. Mengucapkan Inna Lillah pada setiap musibah.
7. Melafazkan syahadah iaitu La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah, pada setiap waktu siang dan malam.
Sesungguhnya sesiapa yang memelihara tujuh perkara di atas, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah dan dihadapan malaikat dengan perkara berikut;
1. Di ampunkan dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.
2. Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah.
3. Hidup dan matinya di dalam kebaikan.
Nah, besar sungguh nikmat yang Allah sediakan buat hambaNya yang sentiasa mengingatiNya, melaksanakan suruhanNya.. Semoga apa yang saya 'tampalkan' di blog ini, mampu menyuntik semangat buat sahabat semua untuk meningkatkan ibadah kepada Allah.. Dan peringatan untuk diri saya yang dhoif ini... Inshaa Allah... Doa saya semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas sahabat-sahabat semua... Amin...
2 comments:
salam kak :) perkongsian yang bagus :) terima kasih kak. have a great day ahead of u
salam nadia!
nak komen cantek gambo tepi tuh! :)
Post a Comment