Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah Sabtu lalu, punya sedikit kesempatan untuk mengemaskini segala isi di dalam blog ini. Walaupun 'entry' belum pun sampai 1000 tapi saya bersyukur, sekurangnya ada pengisiannya. Doa saya moga sesiapa saja boleh mengambil manfaat dari penulisan saya ini. InshaaAllah..
Dalam pada saya asyik mengemaskini, menyelak setiap lembaran 'entry' sempat juga saya baca kembali kisah diri saya, hidup saya, siapa saya dahulu, bagaimana sikap saya dahulu.. MashaAllah kerdilnya diri ini. jahilnya diri ini.. Sempat juga saya teliti bagaimana saya menulis ketika masih muda dahulu. Tersenyum sendiri melihat bagaimana saya meluah apa jua perasaan saya di blog ini satu ketika dahulu. Rasa begitu keanakan pun ada. Tapi itulah dinamakan revolusi, perubahan diri di mana semua orang mengalaminya. Dari kepada kebudakan menuju kematangan seiring dengan pengalaman dan ujian kehidupan. Benar, ujian itu satu pelajaran bagi saya. Alhamdulillah, Allah Maha Tahu.
Ini saya perlihatkan kepada anda, bagaimana penulisan saya dahulu. Jujur, saya masih tersenyum lucu melihatnya. Juga gaya penulisan saya ketika ini. Begitu ketara perbezaannya.. Alhamdulillah saya berpeluang untuk memperbaikinya..
Ada juga beberapa 'entry' yang saya rasakan lebih baek untuk saya hapuskan dari blog ini. Itulah yang terbaek hendaknya InshaaAllah.. Namun ada beberapa 'entry', kisah saya dengan mereka-mereka yang pernah hadir menceriakan dan mendidik saya tentang erti sebuah kehidupan, saya biarkan ianya untuk terus mekar di blog ini. Mungkin bermanfaat buat sesiapa saja di luar sana yang mungkin pernah merasakan bagaimana rasanya kehilangan, dikhianati dan dicintai sebaiknya. Dan mungkin pelajaran juga kepada saya, bilamana saya melihat, menatap dan menghayatinya kembali.. Ambillah yang baek dan mohon maaf atas kejelekan dari saya itu. Mudahan saya diberi kekuatan, petunjuk oleh Allah untuk memperbaiki kekurangan itu.. InshaaAllah..
Apapun, terima kaseh kepada anda juga kerana tanpa anda, pembaca yang sangat saya kasihi, barangkali saya tidak mungkin melalui fasa-fasa perubahan ini. Terima kaseh.. Doa saya, semoga rahmat Allah sentiasa merantai kehidupan anda semua.. Amin Ya Rabbal Alamin.
3 comments:
hahahaha.mmg kelakar pon kan.bila tgk entry dulu dan skrg.tapi xpelah.biar semua menjadi kenangan.rara pon nk delete entry entry lama.heee
Hihi betul-betul. kalau baca post sendiri yang lama-lama, mesti tiba-tiba malu sendiri :D
Betul, ujian mengajar kita arti kehidupan :) dan perubahan yang baik seakan hadiah buat kita atas kesabaran kita menghadapi ujian yang lalu :)
Bestnya blog u :)
Saya tgh blogwalking ni.. jom singgah kat blog saya juga di http://feyrul.blogspot.com/
hehe :)tq
Post a Comment