Saturday 9 May 2015

Cerita Sebuah Ukhuwah


Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah syukur pada Allah untuk nafas hari ini, untuk setiap rezeki, kegembiraan dan ketenangan hari ini. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Allahu Rabbi, tidak ada satu pun nikmat Allah yang saya dustakan.. Dia Maha Pemilik Khazanah langit dan bumi, lagi Maha Penyayang.. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

18 tahun lalu, ketika saya di usia 13 tahun, saya ditemukan oleh Allah dengan seorang sahabat. Masa tu, saya bersekolah di sekolah menengah harian, sekolah biasa yang dekat saja dengan rumah. Kebetulan saya ditakdirkanNya sekelas dengan sahabat ini. Saya kenalkan Ida namanya.. Orangnya putih cerah, berisi dan sangat peramah. Kebetulan saya ni agak pendiam dan penakut dengan orang yang belum kenal dan tempat baru. Maklum sajalah, baru naek tingkatan satu dan semuanya asing sekali. Sekolah baru, kelas baru, guru baru dan kawan baru.. Dengan Ida, saya selesa dan rapat dengannya.. Hari berlalu seperti biasa dan sampai ke minggu ke 3 bersekolah, saya diberitahu mak ayah yang saya akan ditukarkan ke sekolah berasrama di Dungun, Terengganu. Katanya, makcik saya dah uruskan semuanya dan InshaAllah pelajaran saya lebih terjamin di sana.. Sebagai anak sulung, saya ikutkan sahaja.. Cuma hati ni sedih untuk tinggalkan kawan-kawan baru di sekolah sedia ada..

Selepas bertukar sekolah, saya tetap berhubung dengan Ida. Selalu berkirim surat. Maklum sajalah masa tuh mana nak ada handphone macam sekarang. Boleh katakan sebulan tuh pasti ada surat sampai. Tapi setiap kali saya bercuti, tak pernah pulak saya menjengah ke rumahnya. Sampai tingkatan empat, kami dah mula slow mengutus surat dan seingat saya surat paling akhir yang dikirimnya adalah gambar dia bersama rakan-rakannya di sekolah teknik. Selepas pada tuh, terus masing-masing berdiam diri..



Tahun berlalu dan kehidupan saya diwarnai dengan pelbagai suka dan duka.. Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui dan Dia telah sediakan hal terbaek untuk saya. Malah banyak sekali pengajaran yang saya dapat.. Awal Januari 2015, saat saya belek-belek news feed di facebook, mata saya terpana pada satu nick name. Lihat pada profile, saya rasa ini sahabat saya yang hilang dulu. Lepas add as a friend, saya diamkan diri, perap dalam facebook. Pada hari lahir Ida, saya terdetik untuk mesej dia secara personal, sejujurnya saya bimbang tersalah orang. Maklum sajalah, 18 tahun lamanya tak berjumpa. Sekarang masing-masing dah 31 tahun. Lepas bersoal siasat, akhirnya Alhamdulillah saya tak salah orang. Dialah orangnya..

Alhamdulillah kebetulan Pahang banyak public holiday baru-baru nih, jadi saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa dengan Ida.. Sungguh.. Rasa nak menangis pun ada.. Gembira tak terkata.. Dan dia, sama macam yang saya kenal dulu.. Duduk bercerita dengannya sampai tak tersedar masa.. Allahu Rabbi, benar-benar saya sayangkan dia.. Alhamdulillah Allah temukan, jodohkan saya bersahabat dengannya kembali... Doa saya, moga saya dapat terus bersahabat dengannya sehingga ke syurga kelak.... Amin.. 
Terima kaseh buat yang sudi membaca bebelan saya ini.. Sekadar meluah, berkongsi rasa hati.. Assalamualaikum...





2 comments:

Nadia Bohari said...

Ukhwah yang berkekalan. moga hingga ke syurga :) amiin..

jemput datang singgah ;)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Terima kasih. Semua