Wednesday 21 December 2016

Sedekah | Jom Kumpul Bekalan Untuk Balik Kampung Akhirat

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum 💕


Seorang muslim itu, di dunia ini ibarat sebuah permusafiran dalam mengumpul bekalan, untuk dibawa pulang ke kampung akhirat. Dan saat kehidupan di dunia inilah, kita harus berusaha semaksimal yang mungkin untuk mengumpul bekalan bagi meraih syurga Ilahi.. Dan di antaranya adalah sedekah jariah..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim)



Dan ingin sekali saya berkongsi dengan kalian, sumber atau tempat di mana kalian boleh mengumpul bekalan akhirat ini dengan mudah..InshaaAllah.. Saya tidak mengenalinya secara dekat, hanyalah melalui instagram dan saya melihat kesungguhannya, keikhlasannya dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan selain dari menjadi pengantaraan dalam menyampaikan sumbangan dari mereka yang memberikan bantuan.. Saya kenalkan anda dengan preloved4charity, kalian boleh direct ke instagram mereka- PRELOVED4CHARITY untuk melihat sendiri bagaimana mereka mengumpul dana dan bagaimana mereka mengagihkan setiap sumbangan yang dihulurkan..




Preloved4charity ni juga ada membahagi-bahagikan setiap sumbangan itu kepada beberapa projek-projek charity dan diantaranya adalah Back To School Project, The Muffin Project, Projek Nasi Lemak, Banana Free Friday, Gerobok Rezeki Project dan banyak lagi.. Anda boleh terjah instagram mereka untuk lihat lebih banyak lagi projek yang mereka jalankan.. Setiap projek tu ada mereka terangkan lebih detail untuk memudahkan kita memilih mengikut kemampuan.. Dan saya nak terangkan sedikit tentang Gerobok Rezeki Project kerana setiap sumbangan yang diberikan akan diletakkan di beberapa masjid, dalam bentuk makanan asasi. Jadi mereka yang memerlukan boleh terus ambil di gerobok masjid yang mereka telah senaraikan di instagram tanpa mengisi borang.. Ya Allah, semoga Allah merahmati setiap usaha mereka dan menyediakan sebaik-baik ganjaran buat mereka..




Bagaimana untuk memberi sumbangan? Anda bolehlah view instagram mereka - https://instagram.com/preloved4charity untuk mendapatkan nombor akaun yang telah disediakan untuk menyalurkan bantuan. Maafkan saya kerana tidak dapat saya paparkan di sini atas sebab-sebab keselamatan. InshaaAllah, sekiranya mendapat kebenaran dari mereka untuk update nombor akaun di sini, akan saya masukkan kemudian ya.. Doa saya, semoga Allah sentiasa memberkati hidup mereka, memberi ganjaran yang mulia untuk mereka di akhirat kelak. Bukan mudah ya untuk handle perkara-perkara seperti ini, lebih-lebih lagi ianya melibatkan sebuah amanah.. Alhamdulillah.. Semoga kelak, akan tumbuh lebih ramai lagi insan seperti mereka.. InshaaAllah...

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya“. (HR. At-Thabrani)

Rasulullah (S.A.W.) bersabda "Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya." (HR. Ahmad)




2 comments:

Azwar Syuhada said...

Sama-sama berkongsi rezeki.. ;)

Unknown said...

Alhamdulillah,terus sebarkan kebaikan.