Thursday 11 July 2013

Sekilas Ramadhanku | Amalan Dipermudahkan Mendapat Zuriat

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum WBT.. Hai semua....
Alhamdulillah 2 Ramadhan sudah juga merupakan Ramadhan pertama saya sebagai seorang isteri.. Alhamdulillah Allah beri kemudahan kepada saya.. Walaupun dalam keadaan kesihatan yang kadang-kadang kurang mengizinkan.. Begitu juga dengan sifat M=malas nak masuk ke dapur akhir-akhir ini.. Alhamdulillah berjaya di atasi..

Ramadhan kali ini juga saya dan keluarga diserikan dengan kehadiran orang baru, putera pertama adik saya bernama Umar Dhiyauddin.. Dalam entry sebelum ini pernah saya ceritakan tentang bagaimana terujanya kami sekeluarga dengan kehadirannya.. Alhamdulillah.. Dan boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti saya akan ajak suami untuk pulang ke rumah keluarga untuk menatap Umar.. Betapa tenangnya hati menatap wajah si kecil tanpa dosa itu... Ya Umar, semoga kamu menjadi anak yang menyejukkan hati dan indah seperti namamu...Amin Ya Rabbal Alamin....



Di sini saya ingin sekali berkongsi amalan-amalan dipermudahkan mendapat zuriat.. Semoga Allah terus melebarkan ketenangan dan keberkatan di dalam rumahtangga saya..InshaAllah

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh 
- Baca Bismillah 1 kali 
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali. 
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) 
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. 

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa. 

Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. 
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari. 
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. 
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari. 

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.




2 comments:

Siti Asiah said...

selamat berpuasa & dikurniakan cahaya mata yea..;)

Unknown said...

comel budak tu!! gerammm