Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada zaman dahulu, ada seorang yang bernama Abul Hasan, ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Sewaktu dia bertawaf, tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata, "Demi Allah,belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita ini,tidak lain ini pasti kerana wanita ini tidak pernah merasa risau atau susah hati". Dengan tiba-tiba, wanita itu yang terdengar kata-kata Abul Hasan itu berkata, "Wahai lelaki, apakah yang telah kamu katakan tadi, sebenarnya demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan hati luka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku menyalahkan dalam hal ini."
Abul Hasan bertanya, "Apakah hal yang merisaukan kamu?" Berkata wanita itu, "Pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing korban. Pada masa itu, aku mempunyai 4orang anak. Satu telah kahwin, satu masih minum susu dan dua lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, maka anakku yang tua berkata kepada adiknya, sukakah kamu aku tunjukkan bagaimana ayah menyembelih kambing?"
Berkata si adik, "Sila tunjukkan kepadaku." Maka adiknya itu ditelentangkan dan disembelihnya. Setelah sembelih, dia menjadi takut, maka dia pun lari ke bukit. Akhirnya anakku yang besar itu mati dimakan oleh serigala di atas bukit. Suamiku pergi untuk mencari anak kami yang lari ke bukit itu sehingga dia mati kehausan di sana. Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku, tiba-tiba anak kecilku merangkak menuju kepada periuk yang airnya sedang mendidih dan anakku tarik periuk itu, akhirnya tumpah di atas badannya sehingga menggelupas kulitnya. Berita ini sampai kepada puteraku yang telah kahwin di tempat lain. Apabila mendengar berita yang menimpaku, dia jatuh pengsan dan akhirnya mati. Kini aku tinggal sebatang kara."
Abul Hasan bertanya, "Bagaimana kamu boleh sabar dalam menghadapi musibah yang sangat hebat ini."
Berkata wanita itu, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan berbeza. Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Ada pun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti rugi, yakni sia-sia sahaja."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W.,
"Mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika dia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka."
Dipetik dari: himpunan kisah-kisah teladan 5
Wahai teman-teman sekalian, sekalipun sesuatu musibah yang melanda itu terlalu berat untuk dipikul, namun percayalah bahawa Allah tidak akan sesekali mensia-siakan hambanya. Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya hati kita tetap tenang dan sabar. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita kelapangan hati untuk terus menempuh ujianNya.. Wallahualam

No comments:
Post a Comment