Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kisah ini saya petik dari majalah Blues, isu ke berapa saya dah tak ingat tapi kisah ni dah lebih kurang dua tahun dalam ingatan saya. Bagi saya, kisah ini terlalu menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai sumber nasihat atau pengajaran. Mungkin bukan untuk hari ini, tapi esok lusa siapa yang tahu. Jadi, ingin sekali saya berkongsi bersama anda semua. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat menghayati dan mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah. Sebelum itu, maafkan saya andai baris ayat-ayat saya tidak tersusun atau sukar difahami.
Kisah ini menceritakan tentang kehidupan sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 50. Menurut kenalan-kenalan terdekat, pasangan ini begitu terkenal dengan kemurahan hati dan keharmonian mereka di dalam berumahtangga. Tidak pernah terdengar sekalipun mereka bertengkar apatah lagi untuk bersengketa. Begitulah kehidupan mereka. Pada hari ulang tahun tersebut, ramai saudara mara dan kenalan-kenalan terdekat datang menziarahi pasangan ini untuk turut sama meraikan mereka. Pasangan ini menyambut kedatangan tetamu dengan hati yang terbuka. Tiba waktu untuk menjamu selera, makanan yang dihidangkan adalah makanan kegemaran pasangan ini. Ketika menjamu selera, si suami mengambil seekor ikan dari masakan kegemarannya, lalu dengan gembira, diberinya bahagian kepala kepada si isteri. Saat itu wajah si isteri berubah. Di dalam hatinya, tidaklah dia gembira kerana selama dia mengahwini suaminya, tidaklah pernah lagi dia merasai bahagian isi ikan yang menjadi kegemarannya. Ini kerana setiap kali itu juga suaminya akan memberinya bahagian kepala yang paling tidak disukainya. Lalu pada hari itu, dia nekad untuk menyuarakannya kepada si suami.
Saat dia menyuarakan apa yang terbuku dihatinya itu, si suami berubah wajah. Dia begitu sedih mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya. Lalu berkatalah ia, "Wahai isteriku, tahukah kamu bahawa aku sungguh berdukacita mendengarnya dan tahukah kamu bahawa bahagian yang menjadi kegemaranmu itu adalah bahagian yang paling tidak aku sukai". "Setiap kali itu juga aku memberi bahagian kegemaranku kepadamu kerana aku hanya ingin memberi yang terbaik untukmu. Agar kamu tahu bahawa sejak aku mengahwinimu, aku sentiasa ingin memberikan yang terbaik untukmu". "Kerana itu aku sentiasa memberikanmu bahagian kegemaranku kerana itu adalah bahagian kesukaanku, bukan yang tidak menjadi kesukaanku", sambungnya lagi.
Mendengarkan apa yang diperkatakan oleh suaminya, si isteri terus memohon ampun dari suaminya kerana dia telah membuat suaminya berdukacita akan dirinya. Perkara tersebut didengari dan dilihat oleh tetamu yang hadir, dan tahulah mereka, apa yang menjadikan rumahtangga pasangan suami isteri ini sentiasa harmoni. Ada di antara tetamu begitu terharu akan kejadian tersebut dan mereka menjadikannya sebagai satu pengajaran untuk memperbaiki kehidupan mereka di masa akan datang.
Sahabat-sahabat sekalian, sentiasalah kita beringat sesama sendiri bahawa di dalam kehidupan ini, bukanlah mendapat yang terbaik itu menjamin kebahagiaan diri. Tapi sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk orang-orang yang ada di sisi kita, itulah yang menjamin kebahagiaan kerana yang terbaik itu akan sentiasa berada di sisi yang paling baik. Wallahualam..

No comments:
Post a Comment