Assalamualaikum WBT..
Salam terindah buat semua sahabat. Semoga diberi kekuatan juga kemudahan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.. Amin... Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya..
Okay, semalam nadia tak sempat untuk update blog. Banyak hal yang terjadi. Dari mula pagi, terasa semacam berat untuk pergi kerja. Then, dalam pukul 11.00 tengahari, mak nadia call bagitau yang Ayah Ngah nadia semakin tenat. Sejujurnya nadia tak tahu bila Ayah Ngah masuk wad. Kebetulan pula adik nadia, Khairi minta ambil dia kat tempat kerja pukul 12.00 tengahari tu juga.. Nadia minta pada Kak Ros merangkap penyelia nadia untuk balik awal. Maklum sajalah, emergency case. Sebetulnya nadia keberatan untuk balik awal memandangkan hari ini (sepatutnyer) nadia minta cuti untuk pergi ke Terengganu. Sahabat nadia kahwin, hari ini & esok. Melihatkan Kak Ros pun semacam berat nak lepaskan. Tapi apakan daya, hubungan kekeluargaan itu lebih penting.
Seawal 11.30 tengahari nadia pergi ambil Khairi kat tempat kerja. Dia dah tau aper yang terjadi pada Ayah Ngah. Mak nadia dah bagitau awal-awal. Sampai rumah, tak sempat nak rest pun terus gerak pergi HTAA.. Sampai jer, naik tingkat 8.. Then, tengok ader tirai menutupi ruangan Ayah Ngah. Pastu nadia tengok Mak De, Mak Teh menangis. Mak nadia sendiri pun dah mula berlinang air mata. Waktu tirai tu tersingkap, nadia tengok wajah Ayah Ngah.. No response.. Hanya machine saja yang berdetak.. Sunggoh sedih.. Then, Doktor cakap memang dah koma, otak dia dah 'mati'.. Degupan jantung hanya 5%, sunggoh lemah.. Kemudian, ada yang nasihatkan supaya redha, lepaskanlah dia pergi.
Ya Allah, seperti baru semalam saja hambaMu ini mendengar gelak tawanya mengusik kami anak buahnya.. Ya Allah, begitu cepat saat kami bersama.. Ya Allah, Engkau kasihanilah dia, sebagaimana dia telah mengasihani kami sedari kami kecil hinggalah saat ini. Engkau sayangilah dia, sebagaimana dia telah menyayangi dan memberi bantuan kepada kami. Ya Allah, engkau rahmatilah dia Ya Allah. ampunilah segala dosanya Ya Allah.. Kami redha..
Waktu itu, ada lebih kurang 3 orang doktor bersilih ganti di katil Ayah Ngah.. Sedih sangat-sangat.. Jap.. izinkan nadia lepaskan sedikit air mata ni. Dah puas ditahankan..
Then, salah seorang saudara-mara bagi beg baju Ayah Ngah, towel, selipar dia.. Rasa sebak melihatkan semua itu.. Arwah Ayah Ngah selamat disemadikan di Peramu, Tanjung Lumpur petang semalam juga. Nadia tak ikut ke sana, kepala nadia terlalu sakit. Akhir-akhir ni nadia mengalami sakit kepala yang sedikit luar biasa. Lagi pulak, kaki pun sakit.. Belah kiri nak berdiri pun susah, berjalan sangat pun tak kuat.
Mak nadia ceritakan pada malam sebelum arwah pergi. Arwah ada bagitau sesuatu yang amat menyedihkan hati. Mak nadia cakap lagi, arwah ada hantar mesej pada Mak de nadia, mesej malam sebelum dia koma.. Arwah pesan pada Mak de, minta Mak de hantar arwah sampai ke kubur. Dua kali arwah hantar mesej yang sama.. Mak de nadia adalah satu-satunya sahabat baik arwah, juga bekas isteri arwah.. Mereka tetap rapat walaupun dah berpisah..Saat arwah pergi pun, Mak de tetap di sisi arwah..Malah arwah sempat lagi bagitau Mak de nadia, nanti dia sihat dia nak ajak Mak de keluar..... Mengalirlah air mata. kalau itu bisa mengurangkan beban kesedihan.. Terngiang-ngiang di telinga Ayah Ngah gelak-gelak bergurau bersama kami.. nadia selalu panggil Ayah Ngah dalam loghat Pekan.. Pastu dia akan menyahut dengan senyumannya itu....Ya Allah...
Buat anda yang sudi membaca blog ini, terima kasih yang tidak terhingga.. Nadia harap ada tulisan-tulisan yang mungkin memberi manfaat juga kebaikan buat anda semua.. Dan ingatlah, jangan sesekali ditangisi atau disalahertikan sesuatu hal yang terjadi, kerana Allah pasti lebih tahu apa yang terbaik buatmu.. Sejauh manapun kita merancang, sentiasalah bersyukur dan berpaksikan di jalan Allah kerana Dialah yang Maha Menentukan..
Akhir sekali..mohon sedekahkan al-Fatihah sekali lagi..
Semoga rohnya dirahmati dah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..amin

.
.
.
.
.
Okay, maafkan nadia.. Sedikit emosi.. waktu doktor cabut alat bantuan pernafasan, Ayah Ngah sememangnya sudah pulang kepada Yang Maha Esa. Innalillahi Waiina Ilaihirojiun.. Sahabat, mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah Ayah Ngah nadia.. Sedih lihat tubuhnya yang kaku, nadia seakan merasa seperti Ayah Ngah sedang tidur. Sedih.. Sedih...Sedih.. Ayah Ngah bangun........ Astaghfirullahal Adzim... ampuni hambaMu ini Ya Rabb...
.
.
.
Then, salah seorang saudara-mara bagi beg baju Ayah Ngah, towel, selipar dia.. Rasa sebak melihatkan semua itu.. Arwah Ayah Ngah selamat disemadikan di Peramu, Tanjung Lumpur petang semalam juga. Nadia tak ikut ke sana, kepala nadia terlalu sakit. Akhir-akhir ni nadia mengalami sakit kepala yang sedikit luar biasa. Lagi pulak, kaki pun sakit.. Belah kiri nak berdiri pun susah, berjalan sangat pun tak kuat.
Mak nadia ceritakan pada malam sebelum arwah pergi. Arwah ada bagitau sesuatu yang amat menyedihkan hati. Mak nadia cakap lagi, arwah ada hantar mesej pada Mak de nadia, mesej malam sebelum dia koma.. Arwah pesan pada Mak de, minta Mak de hantar arwah sampai ke kubur. Dua kali arwah hantar mesej yang sama.. Mak de nadia adalah satu-satunya sahabat baik arwah, juga bekas isteri arwah.. Mereka tetap rapat walaupun dah berpisah..Saat arwah pergi pun, Mak de tetap di sisi arwah..Malah arwah sempat lagi bagitau Mak de nadia, nanti dia sihat dia nak ajak Mak de keluar..... Mengalirlah air mata. kalau itu bisa mengurangkan beban kesedihan.. Terngiang-ngiang di telinga Ayah Ngah gelak-gelak bergurau bersama kami.. nadia selalu panggil Ayah Ngah dalam loghat Pekan.. Pastu dia akan menyahut dengan senyumannya itu....Ya Allah...
.
.
.
Maaf dari nadia buat sahabat di Terengganu, Cik Wan Rosmariani & Wan Fadhillah... Nadia tak dapat ke majlis kalian. Mungkin belum waktunya kita bersua.. Mungkin suatu masa nanti..InsyaAllah.. Buat Ziey dan Wazie, maafkan nadia tak sempat bertandang, berkunjung ke rumah kalian juga.. Kita sebagai hamba yang terlalu kerdil ini hanya mampu merancang.. Dia Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menentukan segalanya.. InsyaAllah, jika diberi kemudahan, kita pasti akan bersua.. InsyaAllah...
.
Buat anda yang sudi membaca blog ini, terima kasih yang tidak terhingga.. Nadia harap ada tulisan-tulisan yang mungkin memberi manfaat juga kebaikan buat anda semua.. Dan ingatlah, jangan sesekali ditangisi atau disalahertikan sesuatu hal yang terjadi, kerana Allah pasti lebih tahu apa yang terbaik buatmu.. Sejauh manapun kita merancang, sentiasalah bersyukur dan berpaksikan di jalan Allah kerana Dialah yang Maha Menentukan..
Akhir sekali..mohon sedekahkan al-Fatihah sekali lagi..
Semoga rohnya dirahmati dah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..amin
4 comments:
sorry to hear about the loss..
thanks kenwooi
be strong yeahh(:
thanks coki-coki
Post a Comment