Wednesday 1 December 2010

Menu Diet Hari Ini: Percubaan Pertama

Assalamualaikum WBT
Bismillahirrohmanirrohim



Hari ini hari pertama nadia cuba untuk berdiet dengan mengurangkan makanan jenis carbo and gula.. walaupun tak 100%, tapi nadia akan cuba secara perlahan-lahan.. Okay, to be honest pagi tadi nadia sedikit lewat, jadi nadia breakfast dengan roti 2 keping...Oh sebenarnya tak boleh makan roti tapi hari ni permulaan dan sekadar percubaan...

Untuk menu tengahari, nadia masih lagi ambil nasi tapi sangat sedikit. Dalam 3 sudu besar, selebihnya nadia ambil sayur-sayuran dengan banyak dan ayam goreng seketul... Alhamdulillah perut menerima seadanya.. Tidak terlalu kenyang dan tidak juga lapar... Alhamdulillah...

contoh menu: credit




Untuk malam pula, baru sebentar tadi nadia siapkan salad sayur-sayuran.. nadia masukkan salad, kobis yang warna ungu tu, carrot, lada benggala dan mayonis... Alhamdulillah sedap dan mak serta adik-adik pun turut sama makan.. Kira semua boleh sapu sekali...hihihi dan nadia siapkan teh lemon suam... Sangat sedap....


simple saja tapi sangat best
lemon tea: credit


 Apapun, hopefully diet ni akan berterusan.. Btw, tumit kaki nadia dah mula sakit...Sebab berat yang naik mendadak... nadia harap dapat kembali kepada berat normal...And untuk seminggu ni, nadia ingin cuba dahulu... Selitkan sekali dengan senaman ringan supaya selari dengan stamina yang cergas...InsyaAllah... Doakan ya...
 
 
 
:: Sila Klik Sini Jika Anda Suka ::

4 comments:

mizayusof said...

good luck nadia :)

Cik Muda said...

wah..best nyer..cayer la kak nadia=) cahaya pon nak try diet gak la..rndu dgn body time skul menengah dulu, tapi camne ah nak kawal nafsu makan? hehe..nak tau gak pa sebenarnya makanan yang boleh dan x boleh dimakan =)..

Dhea Ahmad said...

@ Miza Yusof: Thanks miza.... doakan nadia ya....

Dhea Ahmad said...

@ C@H@Y@: Itulah akak sekarang sedang cuba tp nk tinggalkan nasi 100% memang tak boleh lagi tp boleh kurangkan sikit2 laaa...yg penting perbanyakkan sayuran and buat senaman ringan...kasik peluh keluar ckit...