Friday 26 April 2013

Jom Kita Baca Surah Al-Kahfi

Bismillahirrohmanirrohim...


Assalamualaikum WBT.. hai kawan-kawan..
Hari Jumaat dah.. Cepat sangat-sangat kan masa sekarang.. Okay, hari ini saya nak kongsikan kelebihan membaca surah Al-Kahfi terutamanya pada hari Jumaat yang mulia ini... Biarpun dah ramai sangat yang kongsikan kelebihannya tetapi saya pun nak lah juga tempekkan di sini untuk tatapan saya sendiri di hari esok, begitu juga untuk kawan-kawan semua... InshaAllah... Okay, kebiasaannya saya sendiri akan bahagikan surah Al-Kahfi kepada 2 bahagian, dari mukasurat awal sampai ke pertengahan akan saya baca sesudah solat Subuh dan selebihnya saya akan habiskan sesudah solat Maghrib...Cuma untuk penghabisan kekadang saya tak sempat habiskan kerana kekangan masa... Apapun azam saya, moga saya dapat bahagikan masa sebaeknya dan mampu habiskan surah ini setiap kali Jumaat...InshaAllah


اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

Berikut saya selitkan antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi..

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan baitullah". 
( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )

Daripada Muaz Ibni Anas, berkata Rasulullah SAW "Sesiapa membaca dari surah Al-Kahfi maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga ke kakinya, dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi" 
Hadis Riwayat Ahmad )

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Umar pula bermaksud " Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit untuknya di hari kiamat dan diampunkan di antara dua Jumaat".
( Hadis Riwayat Ibnu Katsir )

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."  
( Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah )

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." 
( Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i )






4 comments:

Faiz Saaid said...

jom baca, surah yang penting, banyak fitnah akhir zaman sekarang ni, bacalah surah ni insyaallah dilindungi dari fitnah dajjal

Nory Zoulkefle said...

sama2lah kita amalkannya..

pestaim dtg sini..salam kenal..

fae jamal said...

mari kita amalkan sama2 :) thanks for sharing dear :)

Unknown said...

banyak kebaikannya.. baca lah di hari jumaat lagi banyak pahalanya