Saturday 14 December 2013

Usah Mementingkan Diri Sendiri

Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum WBT... Alhamdulillah syukur dapat menulis sedikit pada hari ini.. Ada sesuatu yang saya ingin kongsikan, sesuatu yang saya kira kerap terjadi dan ianya peringatan buat diri saya sendiri dan mungkin juga buat anda.. Inshaa Allah...Sebelum itu, mari kita hayati hadis di bawah.


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: 
Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)


Sebenarnya ada banyak waktu apabila saya atau suami atau ahli keluarga memandu kereta, saat tiba di persimpangan untuk melintas ke jalan besar, ada kenderaan lain yang saya kira dengan sengaja meletakkan kenderaan di bahu jalan, bersebelahan persimpangan keluar.. Kalau anda tidak memahami, lihat gambar yang saya lakarkan di bawah..


Lakaran saya ini sekadar contoh sahaja.. 


Saya sedar, mungkin tulisan saya ini sekadar membuang masa anda untuk membaca.. Tiada yang menarik bukan.. kerana bukanlah tulisan mengenai perkembangan selebriti masa kini, atau mungkin juga bukan kisah-kisah hiburan yang meletup ketika ini.. Tapi apa yang saya catatkan di sini, adalah sesuatu yang sering terjadi dan barangkali mengundang tragedi andai ada dikalangan kita yang tidak prihatin.. Mungkin hal ini kecil buat anda tapi besar bagi saya..

Berbalik kepada cerita sebenar, pernah satu waktu ketika suami saya memandu.. Pada waktu maghrib, dengan cuaca hujan.. Saat kami ingin melintasi jalan besar, hampir saja sebuah motorsikal merempuh kami.. Mujur sempat kami ke depan dan sempat dia memperlahankan motorsikal.. Diri saya, Allahu Rabbi, hanya Allah yang tahu.. Hal ini berikutan sebuah van yang diletakkan benar-benar di tepi persimpangan dan menghalang pandangan kami untuk melintas.. Ketika itu, saya terfikir, tidakkah hamba Allah yang meletakkan kenderaannya di situ berfikir, apakah kesan buruk.. Tidakkah dia berfikir akan kesukaran orang lain.. Allahuakbar.. Sedih dengan sikap manusia yang hanya mementingkan kemudahan dan kesenangan diri sendiri..

Apa yang saya pelajari dari apa yang terjadi ketika itu, sentiasa bersikap prihatin.. Kerana keprihatinan itu, Inshaa Allah akan banyak memberi kemudahan dan manfaat kepada orang lain.. Dan ganjarannya dari Allah amatlah besar.. Tidakkah anda mahu ganjaran tersebut? Tidakkah anda mahu kehidupan yang terjamin di akhirat kelak? Jom kita tanya pada diri sendiri.. Assalamualaikum WBT...





1 comment:

CikguSTEM said...

Assalamualaikum..
Nice blog =)
dah follow sis
sudi2 lah jemput follow bolg sy
http://moshinemo.blogspot.com/2014/01/solidariti-bersama-palestin.html
Salam ukhwah..